RESEPI WHIPPED POTATO PALING SENANG

05:59:00
Anak-anak saya sangat suka makan whipped potato. Mungkin disebabkan teksturnya yang lembut dan rasanya yang memang sedap itulah yang membuatkan mereka selalu mengajak saya makan di restoran “fast food”.  Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk buat sendiri whipped potato ini dengan meng “google” resepi. Tetapi, saya cuba ubah mengikut cita rasa saya dan anak-anak.


Bahan-bahan untuk whipped potato :

  1. 5 ketul kentang
  2. 1 sudu mealshakes dibancuh dengan air masak

Bahan-bahan untuk kuah :
  1. Isi ayam
  2. Lobak merah
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2 biji bawang merah
  5. Mentega/marjerin
  6. Garam
  7. Gula

Cara-caranya:

  1. Kentang di buang kulit dan direbus.
  2. Apabila kentang telah lembut, lenyek-lenyekkan kentang sambil dituang sedikit demi sedikit
  3. mealshakes yang telah dibancuh (tak perlu banyak pun, agak-agak je)
  4. Bahan-bahan kisar ditumis dengan marjerin. Campur sedikit garam dan gula sedikit .(inisiatif daripada campur MSG)
  5. Akhir sekali, boleh bentukkan bulat kentang lenyek tu dan diletakkan kuah di atasnya.

Senang je kan? Tak ambil banyak masa pun. Cuma banyak masa dihabiskan semasa merebus. Tapi takpe, anak punya pasal kan? Sanggup ibu buat..

Selamat mencuba…





No comments:

Powered by Blogger.