10 TIPS MUDAH KAWAL NAFSU MAKAN


Memandangkan SET KURUS  menjadi pilihan ramai, di sini saya nak bagi sedikit tips mudah bagi mengawal nafsu makan:


1) Makan 3-4 jam sekali
Ini adalah cara terbaik untuk kawal nafsu. Mengapa?Kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3 -4 jam, anda tidak memberI ruang untuk lapar.

2)Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda. Apa yang anda perlu tahu berkenaan karbohidrat kompleks?

a- Ia bekalkan sumber tenaga dengan perlahanan dan dilepaskan secara konsisten dan perlukan
masa lebih lama untuk menukar karbo kompleks kepada gula
b-Tapi makanan kompleks seperti roti gandum penuh mengandungi kalori lebih tinggi berbanding roti putih.
Jadi elak dari mengambilnya dengan berlebihan.

3) Air… Sepanjang Hari
Air kosong boleh mengurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air kosong tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah.

4) Keajaiban Melalui Senaman.
Senaman hasilkan endorphin yang secara semula-jadi mengingatkan anda terhadap komitmen menjaga bentuk badan. Jadi setiap kali anda rasa ingin mengunyah, alihkan tumpuan anda dengan memulakan senaman!

5) Catat Makanan Anda.
Salah satu cara kawal nafsu makan adalah melalui catatan pemakanan harian. Bukan soal kesempurnaan diet
tetapi anda boleh kenalpasti kelemahan pemakanan anda. Yang penting, amalkan kesederhanaan dalam memilih makanan

6) Anda Cukup Tidur?
Kajian baru menunjukkan bahawa masa tidur yang tidak mencukupi ini boleh meningkatkan keinginan terhadap gula. Kini anda ada lebih sebab untuk mendapatkan tidur selama 8 jam setiap hari.

7) Teh/Kopi Bantutkan Nafsu
Walaupun pengambilan kafein perlu dikawal, ini tidak bererti ia tidak baik. Teh dan kopimampu mengawal selera anda. Kafein bertindak secara semulajadi untuk mengurangkan selera.

8) Jangan Biar Anda Lapar
Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.

9) Buah Epal!
Epal besar membekalkan 5g serat. Disamping itu gula epal juga tidak mempengaruhi kandungan gula dalam darah berbanding kanji - dan jika ada pilihan, pilihlah epal hijau. Kandungan gulanya juga lebih rendah.

10) Jangan Skip Sarapan Pagi.
Sarapan pagi itu memang penting.Dengan meninggalkan sarapan, gula dalam darah anda akan menurun dan boleh menyebabkan kelesuan dan nafsu untuk makan secara berlebihan. Seperti mana yang saya selalu ingatkan, anda perlu mengambil 5–7 hidangan setiap hari.


Dah baca semua??so amacam?rasa  nak ikut tak tips yang saya bagi ni? jika anda berminat untuk mendapatkan suplimen bagi membantu mengurangkan berat badan, boleh hubungi saya untuk harga yang istimewa ye..


NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

1 comment:

Powered by Blogger.