KENAPA "SUAMIKU ENCIK SOTONG" MENDAPAT SAMBUTAN?

06:18:00

Saya bukanlah peminat setia drama "Suamiku Encik Sotong" tetapi pernah melihat sekali sekala apabila kebetulan ia ditayangkan. Itupun dalam masa beberapa minit je. Almaklumlah, saya kan ibu yang bekerja dari rumah, maka peluang masa yang ada banyak saya gunakan untuk selesaikan kerja-kerja tertangguh.


Kadang-kadang saya terfikir, kenapa drama "Suamiku Encik Sotong" ini sangat mendapat sambutan? Ia juga menjadi bualan pelajar-pelajar dan rakan-rakan sekerja saya di sekolah. Nampak sangat memang best kan?

Saya tahu ada ramai juga yang menyalahkan drama itu ditayangkan kerana bimbangkan kesan negatif yang disebarkan tetapi cuba kita fikirkan dari sudut positif, apakah mesej yang drama itu cuba sampaikan? Sebelum saya berikan jawapan kepada persoalan di atas, jom kita tengok video di bawah supaya anda lebih jelas dengan jawapan saya.


Drama "Suamiku Encik Sotong" menggambarkan suami yang lemah lembut samada daripada percakapan dan gerak tubuh. Tetapi, 5 mesej positif yang saya nampak ialah :

1) Beliau seorang yang penyayang dimana sangat menjaga isterinya semasa hamil.

2) Beliau menghormati keputusan ayahnya.

3) Rumah beliau cantik, kemas dan bersih. Rumah orang perempuan pun kalah tau.

4) Beliau tidak menunjukkan sikap suka merokok.

5) Walaupun beliau lebih kepada jiwa kelembutan, tidak pernah ditonjolkan beliau berpakaian seperti perempuan. Kalau pakai baju pink itu biasalah..abang sado pun ada pakai baju kaler pink kan?

Ada lagi banyak mesej positif yang drama itu cuba sampaikan. Mungkin kerana mesej-mesej positif inilah, setiap hari semakin bertambah jumlah penonton.

Nak Tahu Peranan Suami Ketika Isteri Hamil? (Klik Sini)

Encik Sotong ini sangat menjaga hati isteri. Anda nak tahu juga tips untuk memikat isteri? Jom baca tips di bawah:

1) Bila sahaja anda pulang, segeralah cari dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia kerana sebenarnya dia sedang menanti anda pulang.

2) Sentiasalah melatih diri anda untuk menjadi pendengar setia.

3) Berikan kepadanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari. Kesian isteri kerana selalunya suami akan lebihkan masa bersama anak-anak.

4) Bawakan kepadanya hadiah pada bila-bila dan tidak terhad pada hari yang istimewa sahaja.

5) Jika pada suatu masa, dia mengadu letih, cuba tawarkan diri untuk memasak. Mesti isteri suka tau.

6) Selalu lah memberikan pujian ikhlas tentang kebaikan dan kecantikan dia,

7) Sekiranya anda terlewat pulang bekerja, segeralah menelefon dia memberitahunya.

8) Semasa perasaanya tersinggung, cubalah memahami perasaanya dan segera meminta maaf.

9) Apabila dia mahu berbincang, elakkan daripada menonton tv, membaca majalah atau surat khabar. Berikan perhatian sepenuhnya kepada dia.

10) Luangkan masa untuk membawanya berjalan ke tempat yang dia suka untuk pergi.


Tak susah sebenarnya untuk memikat isteri tetapi agak sukar untuk encik suami melaksanakannya. Kepada para suami, jom cuba dulu tips yang saya kongsikan ini. Isteri-isteri pula jangan nanti jual mahal pula apabila suami semakin berubah menjadi menjadi lebih baik.

Jika drama "Suamiku Encik Sotong" ditayangkan untuk siri kedua, saya harap siri kedua itu mengisahkan bagaimana encik sotong itu di transformasi menjadi abang sado kental yang selalu pergi gym. Ewahhhh....(Harap encik produser drama baca entri saya, hihihi)


Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua. Segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk juga datang dari ALLAH tapi atas kelemahan diri saya sendiri.

Wallahualam..

No comments:

Powered by Blogger.