PENAWAR HILANGKAN SELSEMA DENGAN CEPAT TANPA MAKAN UBAT

13:09:00
Selsema merupakan gejala biasa dan kerap dihidapi oleh penduduk di dunia. Ia adalah satu jangkitan yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.

Saya memang tak suka kalau menghidapi selsema. Apabila selsema, saya akan sakit kerongkong, hidung berair dengan banyak, batuk, kerap bersin, sakit kepala dan mata saya akan berair. Kesemua ini akan menyebabkan banyak aktiviti harian saya terbantut

Langkah pencegahan yang saya lakukan untuk hilangkan selsema ialah:

a) Makan makanan yang tidak berminyak

b) Bersenam sebab selalunya selsema saya akan sembuh selepas bersenam

c) Jauhi tempat sesak

d) Tutup hidup dan mulut dengan tisu apabila bersin kerana dikhiatiti berjangkit pula dengan orang
lain terutamanya anak-anak saya.

e) Minum lebih banyak air suam

f) Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti buah oren

Selsema sangat mudah tersebar apabila kita bercakap, batuk, bersin atau dengan sentuhan langsung. Saya pernah juga terbaca bahawa tiada ubat untuk hilangkan selsema tetapi ubat tersebut hanya mampu mengawal selsema tersebut daripada menjadi makin teruk.

Saya nak share beberapa petua yang kita boleh amalkan jika mangalami masalah selsema :

a) Ambil beberapa helai daun sirih dan cuci bersih. Tumbuk atau hancurkan daun sirih untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya. Ramuan tersebut dapat melegakan selsema dan melancarkan pernafasan.

b) Perah sebiji limau nipis ke dalam bancuhan teh suam tanpa gula. Kacau dan minum campuran tersebut.

c) Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.

d) Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan

e) Minum air didihan beras


Selain amalkan langkah pencegahan dan petua tradisonal bagi hilangkan selsema dengan cepat,kita juga boleh sediakan makanan yang boleh membantu hilangkan selsema. Antara makanan yang boleh membantu hilangkan selsema dengan cepat ialah :

a) Kunyit - antioksidan yang tinggi untuk merawat selsema

b) Ikan - Kaya dengan Omega 3 untuk kurangkan keradangan di dalam badan

c) Tiram - Sangat kaya dengan zink dan mineral penting untuk kuatkan sistem imun badan

d) Beri Biru - Kandungan antioksidan yang tinggi untuk hilangkan selsema dengan cepat

Di antara semua makanan di atas, yang selalu saya amalkan ialah kunyit. Antara petua merawat selsema bayi yang saya amalkan ialah letakkan sedikit kunyit yang telah ditumbuk di atas hidung anak sehingga ke dahi. Alhamdulillah, selsema anak saya cepat je hilang tanpa perlu saya beri ubat.

Sebaik mungkin, saya cuba elakkan daripada makan ubat selsema kerana kesannya saya akan mengantuk. Oleh itu, saya amalkan beberapa tips di atas beserta suplimen Shaklee untuk hilangkan selsema dengan cepat. Antara produk Shaklee yang saya ambil ialah Vitamin C dan Garlic Complex.

Disebabkan selsema adalah berpunca daripada jangkitan virus, Vitamin C dan Garlic Complex ini memang terbaik. Kalau dulu saya akan resah gelisah jika mengalami selsema tetapi sekarang jika rasa seperti mahu selsema, secepatnya saya makan Vitamin C dan Garlic Complex ini. Alhamdulillah, selsema saya cepat sahaja hilang.

Nak Tahu Tips Atasi Anak Batuk Dan Selsema? (Klik SINI)

Diharapkan perkongsian saya ini dapat membantu memberikan informasi yang berguna untuk anda. Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk untuk hilangkan selsema dengan cepat ini, boleh hubungi saya.

Nad
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.