"7 CARA PALING SENANG UNTUK BERSEDEKAH"

07:15:00

Mungkin ada yang bertanya:

“ Bagaimana nak sedekah? Duit belanja pun cukup-cukup sahaja”
Kenapa tidak? Duit belanja harian kita mungkin RM2. Maka bersedekahlah 10% daripadanya iaitu 20sen pun sudah cukup. Kuantiti tidak penting tetapi keikhlasan itu yang dikira.


Oleh sebab itu jika kita lihat dalam sejarah , mereka yang kaya semuanya bermula kerana memikirkan bagaimana mereka ingin memberi dan melakukan kebaikan sebanyak mungkin.

Jom saya kongsikan 9 cara paling senang untuk bersedekah :

1) Letakkan pewangi atau sabun basuh tangan di tempat kerja

2) Letakkan selipar di masjid

3) Jika membeli barang dan ada lebihan duit syiling, berikan sahaja baki kepada cashier sebagai tanda terima kasih.

4) Sedekahkan kain pelikat di surau-surau di hentian rehat atau masjid

5)Sentiasa sediakan makanan kucing di dalam beg. Jika ada ternampak kucing, boleh berikan terus. Mesti kucing tu lapar kan?kesian....

6) Tumpangkan rakan ke tempat kerja.

7) Bantu rakan-rakan atau sesiapa sahaj untuk angkat barang jika mereka memerlukan bantuan

8) Berikan pen dan kertas jika ada yang memerlukan.

Nampak mudah kan cara bersedekah ini?

Sentiasalah berpegang kepada janji Allah ni :

"Sesiapa meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan mengembalikannya berlipat ganda untuknya, dan baginya pahala yang mulia" (Al-Hadid 57:11)

Jika anda nak tahu betapa pentingnya bersedekah, jom tengok video best ini...



No comments:

Powered by Blogger.