JADUAL PEMAKANAN SELEPAS BERSALIN UNTUK MENGELAKKAN SEMBELIT

05:48:00
Pengambilan makanan bagi wanita selepas bersalin harus memenuhi syarat pemakanan seimbang dan mengandungi zat yang diperlukan. Akibat tidak cukup nutrisi yang diperlukan, kita mungkin mengalami masalah sembelit yang teruk sehingga berak berdarah.


Sebelum saya berkongsi dengan lebih banyak, jom kita tonton klip video ni..




Jadi sekarang anda dah tahu kan bagaimana Puan Khadeejah mengelakkan sembelit semasa berpantang? Selain daripada itu, pengambilan makanan yang berkhasiat juga diperlukan. Disini saya sediakan contoh jadual pemakanan untuk mengelakkan sembelit yang boleh diikuti oleh ibu selepas bersalin:

PAGI
1 cawan susu atau minuman bersusu seperti coklat atau bijirin. Cukuplah sekadar bersarapan dengan biskut atau roti.

TENGAHARI
Makanan lengkap seperti biasa iaitu nasi, ikan atau daging atau ayam dan sayur-sayuran. Anda sendiri sudah sedia maklum tentang jenis ikan dan sayuran yang dibenarkan semasa berpantang. Cara penyediaan makanan terpulang kepada citarasa masing-masing. Selepas makan, pastikan anda mengambil buah-buahan. Antara yang dibenarkan ketika berpantang ialah buah oren sunkist.

PETANG
Segelas susu dengan sedikit biskut atau roti untuk penambahan makanan. Pastikan minuman bersusu diminum sebanyak 3x sehari.


MALAM
Menu biasa yang lengkap seperti nasi, sayur-sayuran, daging atau ikan atau ayam. Wanita selepas bersalin tidak digalakkan berdiet untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang dan memastikan zat yang cukup diperolehi oleh bayi ketika menyusu.

Diharapkan dengan perkongsian video dan jadual pemakanan ini dapat membantu anda yang sedang berpantang mengelakkan diri daripada mengalami masalah sembelit. Jika anda memerlukan khidmat nasihat daripada saya mengenai masalah sembelit ini ketika berpantang, boleh hubungi saya terus menerusi nombor telefon di bawah.

NAD
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.