5 CARA BERTUNGKU SELEPAS BERSALIN SUPAYA PERUT TAK MENGGELEBER

14:57:00
Yang saya maksudkan dengan bertungku ialah menuam bahagian tertentu pada badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan. Batu yang digunakan untuk bertungku ini haruslah batu yang licin sama ada berbentuk bulat ataupun bujur.

Batu-batu seperti ini boleh dijumpai di sungai-sungai atau air terjun. Di kedai pun ada yang menjual batu tungku tetapi ianya batu tungku besi. Sepanjang dua kali saya berpantang, saya  menggunakan batu tungku besi dan ianya agak berat.


Batu sungai yang dijadikan tungku


Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ini akan  memudahkan perjalanan darah dan pemulihan tenaga.

Saya sangat suka proses bertungku kerana badan akan berpeluh-peluh dan hangat. Selalunya semasa berpantang saya bertungku dua kali sehari iaitu selepas subuh dan selepas maghrib. Batu tungku akan dipanaskan lebih kurang 30 minit dan dibalut dengan daun mengkudu agar kepanasan batu tersebut dapat ditahan dan ditanggung oleh kulit.

Daun mengkudu dijadikan alas batu tungku


Mak saya selalu pesan " Jangan skip bertungku kalau nak badan tu tak menggeleber sana sini".

Pesanan azimat tu akan saya ingat sampai bila-bila. Mestilah nak kurus semula selepas bersalin kan?hihihi....

Teruja saya tengok video Puan Salwa ni yang kembali kurus selepas bersalin..




Jom saya kongsikan 5 cara bertungku selepas bersalin supaya perut tak menggeleber :


1) Bahagian utama yang perlu ditungku ialah bahagian peranakan yang bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang mengembang sewaktu mengandung. Peranakan perlu disengkak dan dinaikkan ke atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat.

2) Setelah selesai di bahagian peranakan, lakukan pula di bahagian kemaluan.

3) Kemudian, lakukan bertungku di bahagian badan seperti bahagian dada, ulu hati, tengkok, ketiak dan belikat. Ketika ini ibu hendaklah berbaring.

4) Seterusnya, bertungku lah di bahagian bawah badan seperti betis, peha, punggung, pinggang, pergelangan kaki dan tapak kaki. Sementara menunggu batu tungku sejuk, bolehlah golek-golekkan kaki di  di atasnya.

5) Masa yang paling sesuai untuk bertungku ialah di waktu pagi iaitu sebelum matahari naik dan di waktu petang selepas asar. Ketika bertungku pastikan dibantu oleh suami atau orang lain supaya ibu tidak menggunakan tenaga yang banyak.


Ramai yang mengabaikan proses bertungku ni dengan alasan tungku berat, tak cukup masa, panas dan sebagainya. Ada yang memilih hanya tungku herba yang mengandungi daun-daun kayu yang dibalut. Sebenarnya tungku seperti itu tidak membantu sangat menaikkan peranakan kita yang jatuh semasa bersalin.

Jika peranakan tidak dinaikkan atau disengkak, perut akan berasa tidak selesa dan akan menjadi buncit seakan-akan adanya benda yang menonjol ingin keluar dari faraj.

InsyaALLAH untuk berpantang kali ketiga ini..saya tetap memilih untuk bertungku secara tradisional juga. Selain itu, saya juga mengamalkan SET BERPANTANG dan SET MENYUSU Shaklee supaya badan saya sentiasa bertenaga dan segar di samping susu badan pun banyak.

Jika anda memerlukan khidmat nasihat saya mengenai set berpantang dan penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya bagi mendapatkan info yang lebih jelas dan tepat.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com







No comments:

Powered by Blogger.