PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI HAMIL

05:53:00

Suami sering diingatkan tentang peranan mereka ketika isteri hamil. Ramai yang mengangguk faham akan perkara ini. Antara peranan suami ketika isteri sedang hamil ialah:

1) Berikan perhatian dengan menjadi pengamat yang baik.Caranya dengan menelitit perkembangan kehamilan isteri. Rasakan tendangan janin dan berbicaralah dengan janin.

2) Menemani isteri ketika bertemu doktor.

3) Berikan persekitaran yang nyaman. Contohnya jika anda perokok,segera berhenti demi janin dan isteri anda.

4) Kagumi perubahan bentuk badan isteri ketika hamil. Ini penting kerana ramai isteri berasa tidak menarik selama hamil dengan tubuhnya yang semakin membesar. Pujian daripada suami sangat besar ertinya bagi ibu hamil.

5) Bersedia untuk proses bersalin. Pastikan anda mempelajari apa yang perlu disediakan dalam menghadapi proses tersebut.


No comments:

Powered by Blogger.