IBU MENYUSU SENGSARA SAKIT BELAKANG

05:36:00
Saya selalu mendengar keluhan rakan-rakan ibu yang menyusu kerap mengalami masalah sakit belakang. Saya juga mengalami masalah yang sama iaitu sakit belakang ketika hamil lagi dan ia berlarutan sehingga sewaktu saya menyusukan anak.

Mengikut pembacaan saya, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup seseorang akan mengalami sakit belakang. Kesan daripada sakit belakang ini menyebabkan kita sukar untuk duduk dan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, nak dukung anak pun terasa sakit belakang. Bahkan,duduk terlalu lama pun boleh menyebabkan sakit belakang.

Antara 2 punca sakit belakang ialah :

1) Mengangkat benda berat dengan cara yang salah

2) Otot terlalu lemah dan tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang


Saya nak kongsikan petua untuk hilangkan sakit belakang :

1) Pastikan tidur di atas tilam spring

2) Elakkan daripada stress kerana ia akan menambahkan sakit belakang anda.

3) Jika mengangkat barang, tegangkkan badan dan hanya bengkokkan lutut sahaja.

4) Elakkan memakai kasut tumit tinggi.

5) Apabila duduk di kerusi, pilih kerusi yang boleh mengampu badan peha anda dan luruskan kaki ke depan.


Selain mengamalkan petua di atas, saya cadangkan anda amalkan Ostematrix Shaklee. Alhamdulillah, saya dulu memang mengalami masalah sakit urat belakang. Tetapi setelah konsisten amalkan Ostematrix Shaklee ini setiap hari, masalah sakit belakang saya semakin berkurangan.


Ostematrix Shaklee yang saya ambil ini adalah sebagai salah satu rawatan sakit belakang saya . Selain itu, saya juga mengamalkan petua-petua di atas. Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang mengalami kesengsaraan sakit tulang belakang ini, jom tengok video di bawah.

No comments:

Powered by Blogger.