6 CARA HILANGKAN SAKIT PINGGANG SUPAYA TAK JADI SEMAKIN PARAH

09:40:00
Istilah sakit pinggang bermaksud lenguh-lenguh dan sakit-sakit di bahagian belakang pinggang dan punggung. Ya..inilah realitinya yang saya terpaksa hadapi apabila banyak sangat buat kerja sambil berdiri atau duduk terlalu lama. Kadang-kadang apabila mengangkat barang-barang yang berat pun saya mudah untuk sakit pinggang.

Setelah saya meng "GOOGLE" apakah yang menyebabkan sakit pinggang ini mudah berlaku ialah akibat oleh ketegangan otot. Gejala ini adalah sesuatu yang umum tetapi akan menjadi semakin parah sehingga boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk bergerak, bangun dan berjalan.

Sakit pinggang yang saya selalu hadapi ini selalunya sekejap sahaja tetapi jika anda mengalami sakit pinggang yang berlarutan,segeralah berjumpa dengan doktor. Ini kerana dibimbangi penyakit pinggang itu menunjukkan gejala penyakit lain seperti sakit buah pinggang,kecederaan akibat kemalangan, infeksi, sakit dalam saluran pencernaan, sistem reproduksi ataupun ketumbuhan.

Jom saya share pengalaman rakan saya yang mengalami sakit belakang sejak melahirkan anak..



Kalau sakit pinggang anda hanya sementara sahaja dan tidak berkaitan dengan masalah penyakit kronik, anda boleh ikut 6 cara paling senang ini untuk melegakan sakit pinggang itu dengan cepat.

1) DUDUK

Kebanyakan orang yang bekerja di pejabat lazimnya akan duduk selama antara 40-80 jam seminggu. Untuk itu, sewaktu bekerja cubalah duduk tegak tetapi santai dengan punggung dan belakang anda rata ke sandaran kerusi


2) BERDIRI

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk banyak berjalan, maka berjalanlah dengan tegap dan tegak. Untuk wanita, elakkan memakai kasut tumit tinggi.


3)  MEMBONGKOK

Untuk mencegah sakit pinggang menjadi lebih parah, elakkan daripada membongkok. Jika mahu mengambil barang di lantai, bengkokkan lutut anda lalu angkatlah benda tersebut sedekat mungkin dengan anda. Cuba dapatkan bantuan rakan-rakan jika benda tersebut agak berat.


4) MEMANDU KENDERAAN

Sewaktu memandu, cubalah bersandar sepenuhnya dan jika perlu tambahkan lapik atau bantal pada tempat bersandar. Untuk perjalanan jauh, luangkanlah masa untuk berhenti dan berehat sekejap, mungkin dua atau tiga kali setiap kali dua jam memandu. Andainya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, bawalah bertenang. Suasana tegang akan memburukkan lagi sakit pinggang.


5) TIDUR

Kedudukan sewaktu tidur juga perlu diambil kira. Tidurlah di atas tilam yang agak padat dan anjal. Jangan tidur di atas tilam yang lembut kerana ini akan menyakitkan tulang belakang. Jika anda suke tidur mengiring, bengkokkan lutut ke depan.


6) RIADAH

Sebaik-baiknya cubalah amalkan gaya hidup yang aktif. Selalu lah berolahraga meskipun yang ringan tetapi biarlah konsisten agar otot tetap sihat dan kuat sehingga dapat menahan beban dan tekanan fizikal.


>>Kekurangan Kalsium Menyebabkan Sakit Pinggang?Nak Tahu Kebenarannya?(klik sini)

Sekiranya tips yang saya kongsikan di atas dapat membantu anda, bolehlah cuba dan konsisten dengannya. Jika anda memerlukan konsultasi saya dengan masalah sakit pinggang anda, boleh hubungi saya kerana saya sedia membantu anda.

NAD
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.