Tips Termurah Untuk Kecutkan Jerawat

09:56:00
Jerawat?

Saya memang tak suka jerawat. Tapi alhamdulillah, sejak saya konsisten amalkan Set Cantik Shaklee, jerawat saya memang segan nak keluar. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk kecutkan jerawat selain mengamalkan Set Cantik Shaklee dan membuat masker Vitamin E. Antaranya ialah:

Cuci muka dua kali sehari iaitu selepas bangun tidur dan sebelum tidur bagi menghilangkan kesan-kesan alat solekan di muka.

Ambil seulas bawang putih. Ketuk sedikit isinya dan sapu pada jerawat yang baru tumbuh

Sapukan bedak sejuk biasa yang dicampur dengan perahan limau nipis.

Ambil wap nasi yang sedang mendidih. Kemudian sapu pada jerawat yang mula tumbuh. Jerawat akan mengecut secara beransur-ansur

Sapu bancuhan air asam jawa pada jerawat yang sedang bengkak dan biarkan 10 minit

Tumbuk seketul kunyit hingga lumat. Kemudian, campur bedak sejuk biasa dan sapu pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 20-30 minit kemudian basuh bersih.

Anda boleh cuba salah satu cara di atas untuk kecutkan jerawat. Mungkin ada yang paling sesuai untuk bantu kecutkan jerawat anda.

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan, boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma.

Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.