Rahsia Khas Untuk Tambah Susu Ibu

05:51:00

Sebelum ini saya ada kongsikan 4 TIPS PALING HOT UNTUK MEMBUATKAN SUSU IBU MENCURAH-CURAH.

Selain anda ikut 4 tips yang sudah saya berikan sebelum ini, anda juga boleh ikut tips tambahan untuk tambah susu yang akan saya kongsikan iaitu:

Letakkan bayi berada dekat dengan payu dara

Jangan berikan puting kosong kepada bayi dengan alasan mahu menenangkannya. Hal ini boleh menyebabkan bayi keliru puting sekaligus mengurangkan kekerapannya melakukannya penyusuan langsung

Galakkan bayi menyusu sekerap mungkin. Lebih kerap anda menyusukan bayi, lebih banyak susu akan dihasilkan.

Jangan sesekali hadkan kekerapan menyusukan bayi

Susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara. Jangan hanya menumpukan sebelah bahagian payu dara sahaja. Hal ini penting agar penghasilan susu setara dan sama-sama stabil.

Berehat sekerap mungkin dan sentiasa bertenang ketika menyusukan bayi bagi melancarkan pengaliran susu.

Jangan beranggapan anda terpaksa menyusukan anak atau mempunyai sikap tidak sabar menunggu bayi menghabiskan sesi penyusuannya. Beri masa kepadanya dan diri sendiri kerana anda sama-sama sedang melalui proses pembelajaran tentang penyusuan susu ibu.


Peringatan saya kepada ibu menyusu, jangan cepat putus asa jika anda mengalami masalah kekurangan susu. Anda boleh mengambil beberapa jenis makanan PENAMBAH SUSU IBU. Selain itu, anda juga boleh mengambil suplimen SET MENYUSU Shaklee untuk membantu menambah pengeluaran susu ibu,

Sebenarnya tiada makanan khusus yang boleh membantu menambah susu ibu. Jika anda mengambil suplimen dan makanan untuk menambah susu tetapi diri anda sendiri tidak konsisten minum air secukupnya dan amalkan tips yang saya kongsikan,pastinya tiada perkembangan positif mengenai penyusuan susu ibu anda.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu anda menyelesaika masalah kekurangan susu. Jika anda memerlukan konsultasi percuma daripada saya mengenai penyusuan susu ibu, boleh hubungi saya sekarang,

Nad
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.