Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Wanita 30 an

10:44:00

Kecantikan dan kesihatan tidak mengenal usia kerana usia hanyalah sekadar nombor. Walaupun secara amnya, semakin berusia seorang semakin merosot kesihatannya,namun dengan penjagaan awal ditambah dengan petua tradisional serta teknologi moden, kesihatan dan kecantikan dapat dikekalkan.

Sama ada anda berumur 30,40 atau 50 tahun, masih belum terlambat untuk mengembalikan kejelitaan anda, kemudaan dan melambatkan penuaan. Saya akan kongsikan 10 tips paling hebat untuk menaikkan seri wajah anda.

1) Amalkan mengurut muka dan leher setiap kali selepas bangun tidur dan sebelum tidur setiap malam bagi merangsang pengaliran darah. Urut dengan hujung jari bermula dari leher, seterusnya ke pipi dan dahi. Setiap urutan perlu menghala ke atas dan luar muka.

2) Minum 2 gelas susu setiap hari dan banyakkan makan produk tenusu seperti keju bagi mencegah masalah kerapuhan tulang dan bongkok. Saya galakkan anda minum ESP Shaklee kerana kandungan proteinnya yang tinggi sangat menggalakkan pertumbuhan sel baru di kulit.

3) Amalan membaca bismillah dan berselawat sebelum bersolek membantu menaikkan seri muka

4) Banyakkan senyum kerana wajah yang selalu serius, berkerut dan masam menggunakan lebih banyak otot muka berbanding apabila senyum dan ketawa.

5) Gunakan gincu bibir berwarna samar,lembut, cerah dan glossy untuk menampakkan imej kemudaan anda.

6) Pilih pakaian bercorak ataupun berbungan kecil dan berwarna lembut. Warna-warna garang dan bercorak penuh membuatkan pemakai kelihatan lebih berisi dan berusia daripada umur sebenar.

7) Minimumkan penggunaan alat solekan supaya nampak lebih semulajadi.

8) Ambil suplimen seperti Vitamin E dan Vitamin C supaya ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda.



Kesimpulannya, badan kita adalah kenderaan untuk kehidupan. Selama kita berada di dunia ini, jagalah ia sebaiknya kerana ia adalah salah satu amanah Allah. Semoga kita semua diberikan rahmat dan kebahagiaan dunia akhirat. Wallahualam.,

Nad
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.