Minum Oat Boleh Kawal Berat Badan

10:53:00

Salam semua..

Tadaaaaa...saje je nak tayang..

OAT + MEAL SHAKES..perh..,memang sedap dan mengenyangkan tau..



Saya ni jenis yang cepat naik berat badan kalau makan dengan tidak terkawal. Masa anak dara macam senang je nak turun berat tapi bila dah ber "anak" 2 ni, agak lambat dan susah la pulak. Mungkin juga selera makan saya ni tidak terkawal, bedal je semua depan mata.

Sekarang..saya cuba untuk tukar corak pemakanan saya. Dulu selalu bersarapan makan mihun goreng, nasi goreng, mi goreng atau kuih segala macam kuih. Sekarang, tiada lagi makanan berminyak itu. Sarapan pagi saya adalah OAT. Saya selalu campurkan oat dengan ESP atau Mealshakes, Memang sedap dan mengenyangkan.

Untuk tengahari pula, saya akan lebihkan makan sayur-sayuran dan makanan berprotein. Saya hanya makan segenggam nasi sahaja dan hanya banyak meratah lauk pauk. Bagi makan malam,saya akan minum bancuhan oat dengan Mealshakes atau ESP.

Apa kesannya kepada saya setelah amalkan corak pemakanan sebegini? Saya dapat mengawal berat badan saya malah berat saya menurun. Alhamdulillah..usaha saya tidak sia-sia. Yang penting, nak berdiet boleh tetapi jangan tahan lapar. Antara waktu makan tersebut, jika saya lapar..saya akan kunyah buah-buahan, Dan ianya berhasil untuk mengurangkan lapar saya.

Selain daripada mengamalkan corak pemakanan sebegini, saya juga akan melakukan senaman pada setiap hari. Sangat merasai kelainannya jika bersenam. Badan akan terasa lebih segar dan kental gitu...

Anda pula bagaimana? Sedang berusaha juga untuk menjaga badan?
Nak berdiet ni kene berazam betul-betul. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Jika anda memerlukan suplimen untuk membantu kesihatan anda, boleh hubungi saya bagi mendapatkan maklmumat lanjut

Nad
Call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.