TIPS PERUT KEMPIS UNTUK WANITA


Ramai kaum wanita mengalami masalah perut bunci, betul tak???Jom saya kongsikan sedikit tips untuk atasi masalah ini:
1) Silalah makan dengan perlahan kerana menelan terlalu cepat boleh memerangkap udara dalam usus. Secara teorinya, menelan secara laju tidak memberi angin daripada ruang usus perut untuk keluar. Semakin banyak dan laju makanan itu masuk ke dalam perut, semakin banyak udara terkumpul.

2) Minumlah air dengan banyak apabila terasa perut kembung akibat minum air yang banyak. Dengan cara ini, ia dapat membantu sistem perkumuhan mengeluarkan air yang banyak. Maksudnya, air yang diminum dapat membantu melawaskan pembuangan air yanng sedia ada dalam badan.

3) Awas dengan ubatan kerana sesetengah ubat boleh menjadi punca perut anda buncit atau mengembung.

4) Elakkan sembelit kerana boleh menyebabkan perut masuk angin dan tidak selesa.

5) Bersenam boleh membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar.

6) Hindari pengambilan garam yang terlalu banyak kerana terlalu banyak garam boleh menambah bahan kimia terhadap cairan tubuh, akibatnya ia menjadi punca melembabkan mekanisme badan sehingga mendorong pengeluaran air dari sel. Akibatnya, perut terasa kembung dan penuh.

Setakat ini sahajalah perkongsian saya. Jika anda memerlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan, sila hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.