TIPS MENYUSUKAN BAYI


Salam semua..saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menyusukan bayi:

1) Sokong payudara dengan ibu jari di atas dan empat jari di bawahnya. Biarkan jari dibelakang aerola. Anda mungkin perlu menampung payudara sepanjang penyusuan, terutamanya pada peringkat awal atau kiranya payudara anda besar.

2) Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting anda untuk menggalakkan dia membuka mulutnya dengan luas.

3) Peluk bayi rapat dengan keseluruhan badannya menghadap anda. Apbila bayi membuka mulutnya dengan luas, segera dan dengan lembut tolak bahagian belakang bahunya supaya kepalanya bergerak ke arah payudara.

4) Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan sebahagian besar aerola kedalam mulutnya. Bayi tidak hanya melekap pada puting sahaja. Ingat! bayi menyusu di payudara, bukan di puting.

5) Perhatikan bahawa bibir bayi terjuih keluar dan mulutnya harus menutupi hampir keseluruhan kawasan aerola. Sekiranya anda tidak dapat memastikan sama ada bibirnya terjuih atau tidak, tekan perlahan bahagian dagunya untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit.

6) Anda mungkin dapat melihat rahang bayi bergerak ke depan dan ke belakang dan bunyi menelan dalam pic rendah. Hidung dan dagu bayi mungkin menyentuh payudara

Jika anda masih mengalami masalah tentang cara untuk menyusu, boleh dapatkan nasihat daripada jururawat yang terdekat.

Hubungi saya jika inginkan konsultasi mengenai penyusuan bayi anda

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.