PETUA MEMASAK UNTUK BERDIET


Jangan tak tahu ye..cara memasak juga menyebabkan pengambilan kalori kita bertambah dan menyukarkan untuk proses diet..oleh itu,cara yang terbaik ialah:

1) Tus minyak yang berlebihan selepas mencelur, membakar atau memasak makanan yang berlemak

2) Jangan menyapu makanan dengan lemak atau minyak yang menitis. Gunalah air buah-buahan ,air perapan atau lain-lain bahan yang tidak berlemak.

3)lebih baik mencelur, membakar, merebus dan mngukus daripada menggoreng

4) Buang semua lemak yang kelihatan pada daging yang akan anda masakdan buang kulit dari ayam

5) Hidangkan sebahagian yang kecil sahaja hidangan yang mengandungi lemak. Selebihnya hidang makanan seperti mi,nasi, kekacang dan sayuran.

6) Gunakan putih telur dan elakkan bahagian kuning telur apabila perlu menggunakan telur untuk sesuatu resepi.

7) Guna keju rendah lemak, mozarella yang diperbuat daripada susu separuh krim dan lain-lain keju tanpa lemak.

8) Gunakan buku masakan yang mengandungi resepi rendah lemak.


Jika anda memerlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan, sila hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.cm

No comments:

Powered by Blogger.