DIET KHAS UNTUK PESAKIT DIABETES

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
Terdapat tiga kumpulan makanan diet khas untuk pesakit diabetes:

1) YANG PERLU DIELAKKAN ialah makanan atau minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar yang cepat. Contohnya seperti gula pasir, gula merah, gula melaka, gula batu, buah-buahan dalam tin,minuman ringan, coklat, jem dan semua makanan bersalut gula.

2) YANG PERLU DIHADKAN ialah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan. Ini tidak akan menyebabkan peningkatan aras gula di dalam darah secara mendadak,

3) YANG BEBAS DIMAKAN ialah seperti air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran,ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, kicap dan sos.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai kecantikan dan kesihatananda,sila hubungi 

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com


No comments:

Powered by Blogger.