BERPUASA KETIKA HAMIL

22:35:00

Saya masih ingat tahun lepas 2012 dimana di bulan puasa, saya sedang sarat hamil anak ke dua. Mula-mula risau juga akan kandungan..yela..mane tak risau..kan berpuasa,takut juga kalau anak kekurangan nutrisi dan saya jadi melepek..

Tapi alhamdulillah..tidak seperti yang di sangka,saya berjaya menghabiskan puasa sebulan di bulan Ramadhan.

Secara amnya, amalan berpuasa semasa hamil adalah selamat. Ramai ibu-ibu hamil takut untuk berpuasa. Jika anda masih was-was, bincang terlebih dahulu dengan doktor mengenai tahap kesihatan anda.

Jangan jadikan kehamilan menjadi punca anda perlu makan berlebihan semasa berbuka. Yang perlu anda titik beratkan adalah pengambilan makanan daripada pelbagai jenis agar tubuh anda segar. Elakkan mengambil karbohidrat dan gula terlalu banya kerana ianya menambah kalori.

Sila minum air sepanjang malan selepas berbuka puasa. Jika kerap membuang air kecil, itu petanda baik yang menunjukkan bahawa anda tidak mengalami dehidrasi. Digalakkan juga agar anda meminum segelas susu setiap kali bersahur.

Antara makanan yang saya amalkan semasa berbuka puasa ketika hamil seperti buah-buahan, kurma, kuih muoh dan saya akan kurangkan makan nasi. Kalau makan nasi pun masih dalam kuantiti yang sedikit sebabnya nanti perut akan jadi kurang selesa apabila makan terlalu banyak

Saya juga mengambil set hamil Shaklee tatkala berpuasa ketika hamil. Alhamdulillah..kesannya juga amat positif.

Diharapkan perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu hamil untuk kekal cergas semasa berpuasa. Jika anda perlukan konsultasi mengenai kehamilan anda, sila hubungi ye..

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

1 comment:

  1. salam perkenalan. Nice sharing. Sy pun pernah puasa masa hamil tahun lepas. Alhamdulillah dgn bantuan supplement Shaklee dpt sy puasa penuh. Jempu baca pengalaman sy berpuasa ketika hamil disini http://momofprecious.blogspot.com/2015/07/tips-kekal-cergas-di-bulan-puasa-yang.html?m=1

    ReplyDelete

Powered by Blogger.