SELAMATKAH VAKSIN UNTUK BAYI?

"TIDAK MEMBERI VAKSIN SEBENARNYA MENDEDAHKAN DIRI ANAK-ANAK KITA DENGAN KEMUNGKINAN DIJANGKITI PENYAKIT MERBAHAYA"
Saya menyedari ramai ibu-bapa yang agak khuatir untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi mereka. Ini kerana mereka membaca berita-berita dari internet mengenai bahaya vaksin, padahal hujah yang diberikan adalah tidak benar,

Mengapa imunisasi penting?

Imunisasi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan sawan, kerosakan otak dan kebutaan.
Di Malaysia, penyakit-penyakit seperti Tuberculosis, Hepatitis B, meningitis, batuk kokol jarang dilihat kerana imunisasi telah berjaya diberikan kepada kira-kira 95 peratus bayi bawah umur setahun.

Fenomena ibu bapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada bayi mereka tetapi mewujudkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit tertentu.

Sebagai contoh, anak kita berumur lapan tahun tidak pernah disuntik vaksin penyakit batuk kokol (pertussis) bermain di padang permainan. Pada masa yang sama, seorang pendatang asing yang kebetulan menghidap penyakit tersebut datang berehat. Sudah tentu kebarangkalian untuk anak kita dijangkiti kuman pertussis sangat tinggi, tanpa disedari.
Apabila anak kita pulang ke rumah dan bermain dengan adiknya yang berumur lapan bulan yang juga tidak disuntik dengan vaksin yang sama, kebarangkalian yang amat tinggi juga akan dijangkiti penyakit yang sama. Akhirnya, mereka akan dimasukkan ke hospital dan mengalami batuk yang tidak pernah sembuh, dan meninggal dunia..

ADAKAH INI YANG ANDA HARAPKAN?????????

Suntikan vaksin ini adalah tanda kita bertawakal kepada Allah supaya sentiasa memberikan kesihatan kepada anak-anak..

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada ibu bapa sekalian...

No comments:

Powered by Blogger.