6 TIPS MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Ramai wanita tidak mengenali waktu subur mereka. Ini menyebabkan kesukaran untuk merancang kehamilan. Jom saya kongsikan sedikit tips:

1) PERUBAHAN MUKUS SERVIKS
Apabila tiba tempoh pengovulan,mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur serta mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih,

2) KEINGINAN UNTUK MEMBUAT SEKS
Kajian membuktikan kebanyakan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim di dalam tempoh dimana mereka sangat subur. Lazimnya ia berlaku beberapa hari sebelum pengovulan berlaku.

3) PERUBAHAN SUHU TUBUH BASAL (BBT)
BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas tempoh pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh kehadiran hormon progestron. Ia akan meningkat sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku.

4) PERUBAHAN KEDUDUKAN SERVIKS
Sama seperti perubahan mukus serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur, serviks akan lebih tinggi, lembut dan terbuka.

5) PAYUDARA LEMBUT
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh dimana ia sedang melakukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.

6) UJIAN PETUNJUK TEMPOH SUBUR
Salah satu cara untuk mengesan hari subur ialah dengan menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.Kaedah ini agak mahal kerana anda mungkin memerlukan lebih daripada satu kit.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Sebarang konsultasi boleh hubungi saya


NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.