10 KESALAHAN BESAR KETIKA BERDIET

Ramai yang ingin kurus,tetapi ramai juga tidak tahu bahawa cara diet mereka itu salah, iaitu:

1) TIDAK BERSARAPAN
Anda mungkin berasa badan lebih langsing kerana perut kosong dan rata tetapi sebenarnya selepas itu anda akan cenderung berasa lapar dan mula mengisi perut dengan makanan berat.

2) TERLALU MENURUT KATA HATI
Anda hendak menambah aiskrim rendah lemak yang terhidang di depan mata. Ramai yang berangggapan bahawa makanan yang rendah lemak boleh dimakan berlebihan. Makanan yang rendah lemak tidak semestinya rendah kalori

3) MAKAN ATAS DASAR BERSOSIAL
Contohnya seperti anda pergi ke restoran makanan segera untuk meraikan teman-teman. Untuk tidak ketinggalan, anda turut memesan hidangan yang sama atau lebih daripada itu. Akibatnya, diet anda akan merana. Ada kalanya, anda perlu bersikap tegas dan mendisiplin diri.

4) MENYANGKAL MAKANAN KEGEMARAN
Contohnya dahulu cheese kek menjadi kegemaran anda tetapi disebabkan ingin diet, anda menjadikan ia 'musuh'. Tanpa anda sedari, anda sering terfikir kelazatannya. Andai kata, makanan tersebut dihidangkan di hadapan anda, tidak mustahil anda akan menikmatinya tanpa rasa bersalah.

5) SENTIASA TIMBANG BERAT
Pukul 7 pagi anda timbang, tiada perubahan sejak semalam. Pukul 12 tengahari anda timbang lagi,tiada juga perubahan. Pukul 3 petang anda baru sahaja makan sepotong kuih dan terus menimbang. Berat naik 1 kg! kerana kesal, anda tidak peduli lagi dengan menu diet yang telah disusun dan mulai membalas dendam.

6) MENGURANGKAN KALORI DENGAN DRASTIK
Anda mahu menggayakan baju kebaya ke kenduri. Anda perlu kurangkan berat badan segera dengan mengelakkan makan. Tindakan tidak sihat ini boleh memberikan kesan yang tidak baik. Apabila anda mengurangkan jumlah kalori secara drastik, anda akan kelaparan dan membuatkan anda makan lebih banyak daripada sepatutnya.

7) TIDAK MENGIRA JUMLAH MAKANAN
Makan lebihan bubur ayam, sebungkus kecil keropok ketika menonton TV, sesudu kek coklat ketika membaca buku, beberapa sudu mi goreng ketika memasak tadi dan sebagainya. Biasanya anda tidak akan terasa seperti makan yang sebenarnya kerana beranggapan bahawa mengambil makanan seperti itu tidak akan memberikan kesan apa-apa.

8) MINUMAN TINGGI KALORI
Oleh sebab minuman ringan tidak mengenyangkan, anda anggap ia tidak menaikkan berat badan. Anda minum tanpa rasa bersalah sedangkan anda sedar bahawa kus buah-buahan itu lebih menyihatkan.

9) MEMASAK MAKANAN KEGEMARAN KELLUARGA
Suami dan anak-anak meminta dimasakkan makanan kegemaran mereka. Tentu makanan tersebut tinggi kalori dan berlemak. Mungkin makanan tersebut baik untuk anak-anak yang sedang membesar tetapi tidak bagi anda yang sedang berdiet.

10) TERLALU BERHARAP BERAT BADAN TURUN SECEPAT KILAT
Jumlah penurunan yang ideal adalah sekitar 1/2 kg seminggu. Kebanyakan orang berharap lebih daripada itu sehingga mereka berasa gagal sekiranya tidak mencapainya.

Dah selesai baca semua kesalahan ini??adakah anda pernah melakukannya ketika sedang berdiet?maka..segeralah tinggalkan kesalahan ini ye..
Jika perlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan, sila hubungi saya

NAD
call/sms/whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.