Ruginya Bayi Yang Tidak Mendapat Kolostrum Daripada Ibu

05:04:00
Saya teringat semasa baru-baru bersalinkan Irfan dan Auni. Seminggu pertama selepas bersalin adalah proses pengeluaran susu kolostrum . Susunya agak sedikit pekat berbanding susu ibu yang biasa. Pengeluarannya juga agak terhad. Saya akan pastikan anak-anak saya menyusu dengan kerap supaya mereka mendapat cukup kolostrum.

Saya ada terbaca juga ...di awal kelahiran, bayi sangat memerlukan kolostrum kerana ianya sama dengan antibodi. Jika anak tidak mendapat cukup kolostrum, ia akan menjadi punca anak kerap sakit. Selain itu, ada 10 lagi sebab kenapa saya perlu berikan kolostrum kepada anak saya.


Kolostrum tinggi protein, vitamin larut lemak, zink dan sodium

Kandungan laktosa di dalam kolostrum adalah rendah

Kandungan vitamin K yang tinggi bagi mengelakkan Haemorhagic Disease Of Newborn.

Kolostrum ialah imunisasi pertama bagi bayi

Kolostrum adalah pelawas dan menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti jaundis

Kolostrum mempunyai faktor bifidus bagi menggalakkan pembiakan koloni "laktobacillus Bifidus:. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli,

Kolostrum mempunyai enzim lipase, laktase dan lisozum yang aktif.

Kolostrum mempunyai antioksida dan beta karotena yang peting untuk pembiakan sel-sel tubuh,

Kolostrum adalah imunisasi pertama bayi dan tiada mana-mana makanan atau minuman lain yang mampu berikan perlindungan sebegini kepada bayi.

Semoga perkongsian saya ini dapat membantu menaikkan semangat ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Susu ibu sangat terbaik!!!

Jika anda memerlukan konsultasi daripada saya mengenai penyususuan susu ibu atau mendapatkan Set Menyusu Shaklee, anda boleh hubungi saya dengan kadar segera.

Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.