Rahsia Kembali Anggun Selepas Bersalin Persis Anak Dara

05:10:00

Ramai wanita akan berasa rendah diri selepas bersalin kerana merasakan dirinya tidak cantik lagi. No no no..salah tu. Kita mesti buktikan kita sebagai isteri masih kekal langsing, cergas dan cantik walaupun dah anak 10 orang.



Jika mahu bentuk badan kembali anggun seperti anak dara, pastikan anda jangan tinggalkan rawatan moden dan tradisional ketika berpantang dan selepas berpantang. Seperti saya, walaupun saya mengamalkan suplimen Shaklee seperti Lecithin dan Alfalfa untuk kurus dan juga vitamin-vitamin untuk awet muda, saya juga mengamalkan pengambilan jamu yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kenapa harus kita tinggalkan yang tradisional sekiranya kita ada banyak pilihan boleh dibuat.

Semasa berpantang juga, ibu saya sangat tegas berkenaan bertungku. Setiap hari, saya akan bertungku sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada saya, bertungku adalah aktiviti yang paling best semasa berpantang kerana lenguh-lenguh badan dan kebas kaki saya hilang. Badan pun terasa panas sahaja.

Batu tungku saya agak berat kerana diperbuat daripada besi kerana besi lebih tahan lama panas berbanding batu sungai. Batu tungku akan dipanaskan selama 20 minit dan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan seterusnya kain.Proses bertungku ini boleh dijalankan selagi batu tungku panas. Alhamdulillah, dengan bertungku, rahim saya cepat je kecut serta badan rasa lebih ringan walaupun semasa berpantang.

Selain mengamalkan bertungku, saya juga akan mandi mandian rempah. Memang best sangat sebab badan akan berbau wangi sahaja. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah daun pisang segar, daun limau purut, daun serai wangi, halia muda, daun pandan, daun kunyit, temu muda dan lengkuas. Alhamdulillah..saya diizinkan untuk mandi rempah sepanjang saya berpantang 44hari.

Memang sangat terasa kesannya jika betul-betul mengikut rawatan tradisional ini iaitu bertungku dan mandi rempah. Saya dapat rasakan badan saya kurang penat, berat cepat turun, menaikkan sistem peranakan, mencerah dan menghaluskan kulit, serta membetulkan perjalanan darah.

Selepas berpantang, saya teruskan pengamalan rawatan moden pula iaitu pengambilan suplimen Set Kulit Cantik Shaklee dan Set kurus Shaklee supaya saya masih kelihatan anggun dan bergaya seperti anak dara walaupun telah beranak 2. Jika anda juga ingin menjadi seperti anak dara kembali dengan pengamalan suplimen shaklee, boleh hubungi saya segera.

Nad
call/sms/whatsapps 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.