Salam semua..saya teringat masa saya baru melahirkan kedua-dua anak saya..memang susu badan takde langsung.Sedih sangat-sangat sebab saya memang berniat untuk menyusukan irfan dan auni dengan sepenuhnya. So..saya google tentang cara nak banyakkan susu badan. Masa tu memang saya tidak mengamalkan suplimen pape. Alhamdulillah banyak tips yang saya jumpa di blog-blog ibu menysusu. Jom saya kongsikan tips di bawah untuk perkongsian dengan ibu-ibu semua

1.      Kerap menyusu
Semasa berpantang saya kerapkan masa untuk menyusu. Setiap 2 jam saya akan kejutkan anak saya untuk bangun menyusu. Pada minggu pertama memang susu tersangatlah sedikit sampaikan anak saya menangis. Saya tetap paksa juga dia hisap susu saya tanpa memberikan susu formula. Tahukah anda??Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2.      Amalan tradisi
Semasa berpantang banyak sangat makanan yang tak boleh makan. Jadi saya ikutlah petua mama saya ni iaitu petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi. Saya juga mengamalkan minum jus kurma pegaga.

3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba. Setiap hari saya akan rendam halba dalam air suam dan minum semasa masih panas.

4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup.Saya akan pastikan 1 botol air penuh berisi 1 liter air sentiasa ada disisi saya. Selepas menyusu saya akan minum separuh  Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

5.      Posisi yang betul
Pastikan dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.