KENALI WARNA NAJIS SI MANJA

04:49:00
Salam semua..sejak anak sulung saya berumur setahun ke atas dan dah mula makan makanan pejal,saya dah tak risau lagi tentang warna najis. Dulu, sentiasa alert dengan warna najis dia sebab warna nya sentiasa berubah-ubah. Bukan apa..takut ada penyakit pape. Al maklumlah..ibu muda..hihihihi..masih belajar..

Sekarang..saya dah tak risau lagi..sebab saya tahu warna dan tekstur najis si manja adalah disebabkan perubahan diet bayi. Bayi yang menyusu badan tanpa makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang 4x sehari. Namun jila bayi membuang air besar sekali sehari masih dianggap normal tau. Cuma anda perlu pastikan najisnya tidak keras.Bayi yang menyusu susu formula,perlu kerap membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.



Namun begitu, warna najis bayi sentiasa berubah-ubah tau..jom saya kongsikan di bawah ni..

1) HITAM KEHIJAUAN DAN MELEKIT
Ia adalah normal kerana apa yang anda lihat adalah mekonium.Inilah bentuk bahan buangan najis semasa dalam perut ibu. Ini merupakan petunjuk baik bahawa usus tiada gangguan dan dapat mengeluarkan najis dengan sempurna.

2) KUNING PUCUK PISANG
Najis berwarna ini akan keluar selepas 24jam pertama bayi dilahirkan. Iaitu selepas mekonium habes dilkeluarkan.

3) NAJIS HITAM
Najis ini selalunya untuk bayi yang minum susu formula yang mengandungi iron-fortified atau vitamin jenis cecair yang mengandungi zat besi.Najisnya berkemungkinan berwarna hijau,kehijau-hijauan, coklat tua atau hitam. Jika najis bayi anda berwarna hitam tetapi bayi tidak mengambil susu yang mengandungi zat besi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

4) KUNING
Warna ini normal jika bayi hanya mendapat penyusuan susu ibu sahaja tanpa campuran susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik dan hindmilk. Anda tidak perlu risau jika najis ini cair. Ini kerana bayi mendapat penyusuan eksklusif daripada ibunya.


Alhamdulillah..sekarang saya dah tak risau lagi bila najis anak saya berubah warna..hehehe..cuma kadang-kadang najis Irfan agak keras..apalagik..cepat-cepat saya bagi Mealshake..campur dalam susu dia..untuk menghilangkan sembelit.

Perlukan konsultasi mengenai kesihatan dan kecantikan sila hubungi saya ye..

NAD
019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.