12 FAKTA TENTANG DIET YANG PERLU ANDA TAHU





ANTARA FAKTA YANNG PERLU ANDA TAHU MENGENAI DIET IALAH :

1) BERHATI-HATI DENGAN MAKANAN LAUT kerana ia mampu menaikkan kadar kolestrol dalam darah jika diambil secara kerap dalam kuantiti yang banyak

2) PILIHLAH MINYAK MASAK seperti minyak bunga matahari, minyak canola atau minyak zaitun untuk jadikan hidangan bergoreng anda lebih sihat

3) PILIHLAH MAKANAN BERSERAT TINGGI untuk membantu memberikan anda rasa kenyang lebih lama. Contohnya roti mil penuh, pasta,buah-buahan, gandum dan beras perang.

4) PASTIKAN ANDA MAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA HIDANGAN IKAN dalam seminggu bagi mendapat keperluan protein yang cukup

5) TEPIS GODAAN "DESSERT" SEPERTI KEK KEJU, ais krim, pai dan sebagainya kerana kebanyakannya mengandungi lemak tepu yang tidak elok untuk diet anda

6) ROTI MEMANG HIDANGAN PILIHAN mereka yang berdiet kerana disangka rendah kalorinya berbanding nasi. 

7) DIET ADALAH TENTANG MEMILIH MAKANAN SEIMBANG dan mengikut aturan makan mengikut keperluan

8) MINUMAN MANIS MENGANDUNGI KALORI yang sangat tinggi terutamanya minuman dalam tin dan kotak

9) LATIHLAH ANAK ANDA AGAR MEMINATI SAYURAN semenjak usia bayi lagi. Variasikan hidangan sayuran ke dalam masakan utama anda agar anda mendapat keperluan yang mencukupi.

10) BIBIR PECAH-PECAH ATAU TERLALU KERING dan kuku mudah patah dan timbul bintik-bintik putih di atasnya adalah tanda tubuh anda kekurangan vitamin C.

11) BUAH-BUAHAN KERING juga boleh dijadikan snek ringan yang sihat berbanding keropok atau kerepek.

12) JANGAN MALAS MINUM SUSU kerana ia penting untuk mengurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari.

untuk konsultasi mengenai kecantikan dan kesihatan sila hubungi saya

--------------------------
NAD
019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.