BAHAYA AIR KEPADA BAYI

Semalam saya ada berbual dengan seorang rakan di tempat kerja yang berkisar tentang anak-anak di rumah. Kata beliau, anaknya yang baru berusia 3 bulan  sudah diberikan minum air putih sejak dalam pantang kerana bimbangkan cuaca yang panas  akan menyebabkan anaknya dehidrasi. Sungguh terkejut apabila saya mendengarnya..takpela..mungkin itu pendapat beliau. Sebenarnya para pembaca sekalian, air putih sangat merbahaya kepada bayi yang baru lahir.


Bahan yang bayi perlukan adalah susu ibunya. Walaupun dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, iaitu sebellum susu perantaraan keluar, bayi sudah mendapat air yang mencukupi melalui kolostrum.

Menurut Kelly B.,Pakar Perunding Penyusuan Antarabangsa, sekiranya bayi yang berumur di antara 4 minggu hingga lima minggu diberikan air, dikhuatiri bayi akan mendapat risiko-risiko seperti berikut:

(i) Air menyebabkan peningkatan aras bilirubin pada bayi yang mengalami penyakit jaundis sehingga menyebabkan jaundis menjadi lebih teruk

(ii) Air yang terlampau banyak boleh menyebabkan keaadaan yang serius yang disebut oral water intoxication. Apabila keadaan ini berlaku, kandungan natrium(garam) dalam darah bayi menjadi cair dan menyebabkan organ badan bayi tidak dapat berfungsi dengan baik. Bayi mungkin akan alami sawan tarik dan kembung perut.

(iii)Berat badan bayi akan tidak akan bertambah

(iv) Bayi yang diberikan air kurang berminat untuk menyusu. Sekiranya bayi tidak menyusu sekerap yang diperlukannya, susu ibu akan mengambil masa yang lama untuk dihasilkan.

(v) Bayi akan terdedah pada jangkitan kuman dan cirit-birit. Air mungkin tercemar sama ada melalui bekas yang digunakan atau amalan penyediaan yang tidak bersih.

Jadi puan-puan sekalian, ini menunjukkan betapa bahayanya air kepada bayi baru lahir. Menurut pernyataan polisi yang bertajuk " Penyusuan Susu Ibu dan Penggunaan Susu Manusia" yang dikeluarkan oleh Akademik Pediatrik Amerika pada 1 DIsember 1997, minuman tambahan (air, glukosa, susu formula dan cecair lain) tidak boleh diberikan kepada bayi baru lahir tanpa arahan doktor kerana bayi mungkin akan mengalami pelbagai masalah kesihatan. Hal ini disebabkan kebanyakan sistem badan bayi masih belum matang sepenuhnya. Oleh itu, marilah bersama kita menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan.




No comments:

Powered by Blogger.