TIPS MENGAJAR ANAK MINUM SUSU PAKAI GELAS,MEMANG BERKESAN!

09:27:00
Anak-anak kecil memang suka minum susu menggunakan botol susu kan? Anak-anak Nad pun sama sampailah umur mereka masing-masing mencecah 3 dan 2 tahun.

Bebudak ni memang suka minum susu botol sebab macam ralit je kan bila minum tu. Malam pun sambil tidur masih nak minum susu botol. Nad pun asyik terbangun-bangun je sebab nak bancuh susu mereka. 

Kesan yang Nad nampak ialah gigi geraham mereka macam sedikit rosak. Kemungkinan besar disebabkan minum susu botol semasa tidur. Doktor pun ada cakap macam tu.

Tapi, entah macam mana lah sejak Nad amalkan tips ni, memang mereka terus berhenti minum susu guna botol.. Kesian juga tapi untuk kesihatan gigi kan.



Disini Nad kongsikan tipsnya :

1) Nad bawa mereka berjumpa doktor gigi dan doktor gigi sendiri menyuruh mereka minum susu menggunakan gelas sahaja. Doktor siap cakap nanti gigi jadi hitam dan rosak. ( Ni pakatan doktor dengan ibu sebenarnya, hehehe)

2) Nad belikan masing-masing cawan yang cantik mengikut warna kegemaran dan design kartun-kartun. Lebih baik beri mereka peluang untuk membuat pilihan

3) Pada mulanya Nad ajar mereka minum susu menggunakan straw. Straw pun beli yang cantik-cantik. Lama-lama boleh minum sendiri tanpa straw.

4) Nad ada tunjukkan gambar gigi yang rosak teruk dan gambar gigi yang cantik. Dari situ anak-anak sendiri tahu membezakan dan mereka nak gigi yang cantik. Terus tak nak minum susu botol.

5) Nad galakkan anak-anak bancuh susu mereka sendiri dalam cawan dengan pemantauan. Memang lah mula-mula sedikit bersepah tapi lama-lama ok dah. Mereka pun jadi suka nak minum susu yang dibuat sendiri.

Alhamdulillah, lepas amalkan 5 tips ni memang mereka terus berhenti nak minum susu guna botol. Malam pun tak perlu bangun untuk bancuh susu mereka. Legaaaa mak...

Ibu-ibu bolehlah cuba tips yang Nad kongsikan ini. Mungkin antara 5 tips ni, ada yang boleh membantu.








No comments:

Powered by Blogger.