GUNA AIR SIRAP UNTUK TURUNKAN JAUNDIS ANAK, BERKESAN ATAU TIDAK?

22:46:00
Air sirap???



Adus, tak boleh bayangkan bila badan bayi berlumuran air sirap. Kulit bayi masih sensitif dan bahaya sangat kalau diletakkan bahan asing yang kita belum tentu tahu kandungannya. 

Kalau tanya Nad, apa pilihan Nad untuk turunkan jaundis baby?

Pilihan utama mestilah berikan susu ibu secukup dan sepenuhnya kepada baby. Pengalaman Nad,  anak pertama mendapat prolong jaundis. Almaklumlah Nad berdarah O dan anak juga berdarah O. 

Maka kebarangkalian untuk mendapat jaundis amat tinggi. Pada masa itu, ada juga suara-suara yang menyuruh Nad memberi susu tepung kepada baby dengan alasan

"Anak tu jaundis tinggi sebab minum susu ibu"

Aiyakkkk...!!!

Nasib lah Nad ni tak mudah mengalah. Nad teruskan juga menyusukan baby sepenuhnya dan alhamdulillah jaundis makin turun dan selepas sebulan akhirnya langsung tiada.

Memang Nad tahu sekarang ni banyak sangat dijual ubat-ubat untuk turunkan jaundis baby, tapi Nad sendiri rasa tak patut untuk beri baby makan ubat seawal baru lahir.

Normal lah bila baby ada jaundis kerana ketika baru lahir, hati baby masih belum berfungsi sepenuhnya.

Wahai ibu-ibu, janganlah membuat tindakan terburu-buru. Bertabahlah jika perlu berulang alik ke hospital. Bersabarlah jika baby perlu dimasukkan ke wad dan diletakkan bawah lampu kerana jaundis.

Itulah pengorbanan seorang insan bernama IBU. Rasanya hampir 90% ibu-ibu akan merasai perkara yang sama.

Sebab bagi Nad, perubatan moden adalah lebih sesuai untuk baby baru lahir. Mereka masih kecil, janganlah dimandikan dengan segala macam air dan disuap dengan ubat-ubatan.

Apa-apa pun, ikutlah nasihat doktor dahulu untuk kebaikan baby.

Walahualam...


No comments:

Powered by Blogger.