Bila Bayi Kerap Demam,Buat 5 Perkara Ini Untuk Tingkatkan Imuniti Mereka

Bila ada anak kecil, secara automatiknya setiap ibu mesti akan berusaha untuk pastikan anak sihat. Setuju kan?

Tapi sebagus mana pun jagaan ibu, mesti ada juga sekali dua anak akan jatuh sakit. Jangan risau sangat lah sebab bila anak kita sakit,ini menunjukkan sistem imun badan dia akan beroperasi dan menjalankan tugas. Ini NORMAL.

Tapi, kita mesti tetap berusaha untuk memastikan anak-anak sihat. Kalau sakit berpanjangan pun kita akan susah hati. Ianya juga akan mengundang bahaya.

Semasa anak pertama, Nad memang agak kelam kabut bila anak demam, batuk dan selsema. Stress sangat!

Dahla kita bekerja dan terpaksa pula ambil cuti panjang jika anak sakit. Tapi rupanya Allah nak Nad belajar daripada pengalaman.

Daripada pengalaman anak pertama yang kerap demam batuk dan selsema, Nad dah boleh handle anak kedua. Maka, Nad lebih tenang dan boleh praktikkan pengalaman dulu.

Apa yang penting bagi Nad ialah tingkatkan imun badan anak dahulu. Nad seboleh mungkin nak elakkan anak-anak daripada bergantung pada ubat. Nad tak kata ubat tu tak elok tapi masa masih kecil ni, kita cuba untuk kurangkan.

Ada 5 cara yang Nad buat untuk tingkatkan imuniti anak-anak iaitu :

1) Yang pertamanya Nad akan teruskan penyususan susu ibu. Bila anak demam, maka lagi banyaklah susu yang Nad beri. Susu ibu memang terbukti dapat tingkatkan imun bayi.

2) Nad akan ambil suplimen untuk tingkatkan imun seperti Nutriferon, Vitamin C dan Garlic Complex. Kan setiap apa yang ibu makan mesti akan disalurkan kepada anak melalui susu. InsyaALLAH, sistem imun anak akan meningkat. Sebab itulah Nad gunakan kaedah ini.

3) Jika bayi sedang demam batuk dan selsema, Nad sebaik mungkin akan elakkan keluar rumah dan berada di khalayak ramai sambil membawa bayi. Itu bahaya!

4) Di rumah pula, Nad akan cuba pastikan kebersihan terjaga. Kadang-kadang mungkin disebabkan persekitaran rumah yang menyebabkan anak kita kerap sakit.

5) Jika bayi dah lebih 6 bulan, Nad cuba letak sedikit bawang putih dalam makanan anak.

Memang ada banyak tips lain tapi inilah 5 tips untuk tingkatkan imun anak yang Nad selalu amalkan bila bayi demam. Sekarang anak-anak dah berumur 1 tahun ke atas. Cara penjagaan untuk tingkatkan imun pun dah lain.

Tunggu entry Nad selepas ni ye. Nad akan kongsikan cara Nad tingkatkan imun anak-anak yang berumur 1 tahun ke atas.

Kalau ada yang berminat untuk order suplimen untuk tingkatkan imun anak, boleh hubungi Nad ye.


NAD
CALL/SMS/WHATSAPP 019-2639545
prop2102@gmail.com 

No comments:

Powered by Blogger.