KISAH CIKGU FIZIK MENJADI PENULIS BLOG

08:00:00
Bidang penulisan bukanlah PILIHAN saya semenjak dulu. Saya rasa kali terkahir saya minat nak buat karangan panjang-panjang ialah semasa bersekolah rendah. Masa tu, cikgu BM saya sangat best..

Akhirnya kini, saya kembali minat untuk menulis dan berkongsi. Sebenarnya ia bukanlah bidang saya ditambah lagi saya langsung tiada kemahiran menulis dan gaya penulisan pun tungang- langgang.

Memang benar saya seorang guru tapi bidang pengajaran saya ialah subjek FIZIK, bukanlah subjek sastera ataupun bahasa.Alhamdulillah, sejak saya join bisnes Shaklee, semangat saya untuk menulis dan berkongsi semakin meluap-luap dari hari ke hari.

Saya mula berjinak-jinak dalam bidang penulisan sejak 3 tahun dahulu iaitu pada awal pembabitan saya dalam bisnes Shaklee. Mulanya rasa tidak yakin untuk menulis apatah lagi memang BUTA IT pun.  Tapi saya JUST DO IT..!! Nak tahu kenapa?jom tengok video super best ni..



Tetapi bagi saya tiada alasan untuk saya berjaya jika saya betul-betul mahukan sesuatu. Saya sanggup bangun pukul 4 pagi setiap hari selama 3 tahun berturut-turut semata-mata untuk menulis entri blog. Agak bangga dengan pencapaian diri sendiri sebenarnya...

Dulu nama blog saya sayangvitamin.blogspot dan akhirnya kini dah berubah menjadi nadzaim.com. Kalau dulu TIDAK RAMAI yang sanggup menjengah blog saya tetapi kini bilangan pengunjung dan pembaca entri saya sangat ramai. Alhamdulillah...saya dah dapat ramai customer yang ingin membeli suplimen Shaklee hasil daripada perkongsian saya di blog ini.

Menulis entri blog sambil anak-anak berada di riba itu adalah perkara biasa..tapi saya syooookkkkk sangat...


Walaupun hanya perkongsian yang sangat simple tetapi apabila ianya ditulis dari hati...insyaALLAH sangat terkesan di hati pembaca. 

Semoga saya sentiasa istiqamah untuk menulis.Sekian perkongsian daripada saya dan nantikan entri saya lagi selepas ini.




Wallahualam...

3 comments:

  1. hallow salam kenal, saya sally dari Indonesia, sy membaca blog anda dan tertarik. lanjutkan menulis dan menginspirasi ya. terima kasih ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..semoga sally mendapat banyak info bermanfaat dari blog saya

      Delete
  2. Pusat produk suntik putih dan obat suntik putih, suntik pemutih permanen terbagus terbaik, yang di gunakan para aris indonesia dan asia
    Info pemesanan bisa kunjungi website kami http://suntikputihartisindonesia.blogspot.co.id/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.