CARA MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM SUPAYA ANAK TAK MERAUNG

13:06:00

Sebenarnya pelbagai andaian dan pendapat diutarakan jika penyusuan ibu secara terbuka di tempat awam. Namun kini pelbagai inisiatif untuk golongan ibu meneruskan penyusuan walaupun berada di tempat terbuka.



Malah, sudah banyak produk yang dapat menyokong usaha murni supaya diteruskan dan tiada alasan untuk menghentikan penyusuan susu ibu walau dimana sahaja berada.

Jom kita tengok produk apa yang Puan Farah guna sehingga susu anaknya sentiasa melimpah ruah...





Saya juga menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam. Biasanya jika menyusu di tempat awam, saya akan pastikan tempat itu bersih dan selesa. Selepas itu, saya akan membawa nursing cover kerana kadang kala anak sudah menangis nak susu sedangkan saya masih tercari-cari bilik menyusu.

Memang nursing cover menjadi peneman selama mana saya masih menyusukan bayi. Bagi saya menyusu di tempat awam tidaklah sesukar mana asalkan aurat kita masih terjaga dan bayi berasa selesa. Suami saya pun sangat membantu dan kadang-kadang membantu menjaga aurat saya.Alhamdulillah...

Ada 7 cara menyusukan anak di tempat awam yang saya selalu amalkan, iaitu:-

1) Saya akan praktis dulu dihadapan cermin dan memerhatikan bahagian yang terdedah. Saya akan cuba menggunakan nursing cover beberapa kali di rumah supaya bayi saya pun berasa selesa dengannya. 

2) Saya akan memilih pakaian yang sesuai untuk ibu menyusu kerana ia memudahkan saya untuk menyusu di tempata awam.

3) Kadang-kadang saya akan menyusu dengan menggunakan sling atau wrap jika tak sempat nak duduk dan saya boleh menyusu sambil berjalan.

4) Pemakaian bra menyusu juga penting kerana memudahkan untuk membuka di bahagian dada.

5) Kadang-kadang saya akan tutup dengan kain tudung sahaja jika tudung yang saya pakai sedikit labuh. 

6) Saya akan tersenyum jika ada yang memandang sinis terhadap perlakuan saya menyusukan anak di di tempat awam. Bagi saya ia bukanlah perbuatan yang memalukan diri sendiri kerana saya masih menutup aurat. 


Untuk menyusu di tempat awam memanglah memerlukan semangat dan keyakinan yang sangat tinggi. Selain itu, ibu-ibu perlulah mencuba beberapa kali yang boleh supaya tidak berasa janggal.


No comments:

Powered by Blogger.