RAHSIA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Pernahkah anda mengalami rambut gugur lebih daripada biasa? terutamanya selepas bersalin?

Kenapa ini terjadi?

Semasa anda hamil, paras hormon estrogen yang tinggi membolehkan rambut kekal di kepala lebih lama . Secara purata, setiap orang mempunyai 100 000 helai rambut dimana 90% daripadanya berada dalam fasa pertumbuhan. Setiap hari, 50 hingga 100 helai rambut akan gugur dan ia akan bertambah sehingga 250 helai bila anda membasuh rambut.

Keadaan ini adalah bersifat sementara kerana setelah anda bersalin, paras estrogen yang tinggi semasa hamil akan semakin berkurang dan kembali normal. Fasa keguguran rambut akan memuncak dalam tempoh tiga hingga empat bulan selepas bersalin dan ia akan kembali normal dalam masa enam hingga 12 bulan.

Bagaimananakah cara mencegah?

1) Elakkan mengikat rambut secara tocang atau menggulung rapat rambut
2) Kekalkan diet sihat setiap hari.
3) Tambah vitamin dan nutrien kepada diet anda. Vitamin B kompleks, vitamin E, Vitamin C dan zink membantu menguatkan dan menyihatkan rambut'
4) Pilih syampu daripada bahan berkualiti.
5) Potong rambut lebih pendek supaya mengurangkan tekanan pada rambut.
6) Elakkan stress.

Jadi sekarang...anda sudah tahu apakah punca yang menyebabkan rambut gugur dengan banyak selepas bersalin. Jika anda inginkan konsultasi mengenai masalah kesihatan,boleh hubungi saya pada nombor di bawah,

NADIA
call/sms.whatsapp 019-2639545
prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.