KHASIAT TELUR UNTUK KANAK-KANAK

04:58:00

Ramai mengatakan bahawa telur tidak baik untuk kesihatan kerana kandungan kolestrolnya yang tinggi. Tetapi menurut petikan dalam buku Feed Your Child Right, tidak perlu kita sekat dan elakkan telur daripada diet seharian kita. Telur merupakan antara makanan yang paling baik dan antara petikan menarik di dalam buku tersebut ialah, " They are one of the most complete foods available."-makanan yang " hampir sempurna".

Kandungan protein, lemak, mineral dan vitamin di dalam telur amat diperlukan. Lebih-lebih lagi ketika kanak-kanak sedang membesar. Sehari sebiji telur adalah memadai dan tidak salah. Anak-anak saya juga menggemari telur, malah memasaknya pun mudah, bukan?

Menurut sumber sama, telur juga mempunyai kandungan hampir semua asid amino asas yang mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Ia lebih murah daripada daging, ikan dan ayam. Telur dadar, telur mata dan pelbagai lagi kaedah masakan boleh digunakan. Ringkas dan berkhasiat sekali


No comments:

Powered by Blogger.