BAYI TIDAK MAHU MENYUSU?





Ramai ibu mengambil jalan mudah memberikan susu formula sebaik sahaja anak anda dilahirkan dengan alasan "tidak ada susu". Itulah ungkapan yang biasa didengari daripada mulut ramai ibu. Tiada susu kerana anda tidak memberikan sekerap yang mungkin dan tiada rangsangan daripada bayi. Hanya satu undang-undang anda perlu ingat, "THE MORE YOU GIVE, THE MORE MILK YOU WILL HAVE".
Apabila bayi menghisap payudara, hormon oksitoksin akan dihasilkan dan isyarat akan dihantar pada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Kalau bayi tidak menghisap, macam mana susu hendak keluar? Air susu juga mengguna pakai teori demand and supply. Jika tiada permintaan makan tiada juga susu yang akan terhasil. Pastikan juga anda minum air secukupnya dan mengambil pemakanan berkhasiat.

Ada juga yang memberi alasan, "baby I tak nak". Bukan baby tak nak sebenarnya, tapi mungkin anda tidak selesa atau cara dan teknik memberi susu adalah salah. Mana ada bayi yang tidak mahu susu ibunya. Mamalia semuanya menyusukan anak.Manusia juga mamalia sepatutnya itulah yang dilakukan.

Untuk menyusukan bayi, anda perlu belajar menyusukan sambil berbaring supaya anda tidak mudah sakit belakang dan ini dapat membantu anda untuk lebih selesa. Cari posisi yang selesa mungkin sama ada mengiring ke kanan atau kekiri.
Semuanya kene belajar. Oleh itu, kita sebagai ibu, belajarlah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

No comments:

Powered by Blogger.