KHASIAT AIR KELAPA UNTUK KANAK-KANAK


Salam..
Ramai yang berpendapat kanak-kanak tidak boleh diberikan AIR KELAPA dengan alasan..

"nanti kembung perut"

Apabila difikirkan, apakah kaitan kembung perut dengan air kelapa?bergas kah?
Sebenarnya..air kelapa sangat elok diminum oleh kanak-kanak kerana ia mempunyai pelbagai khasiat dan dikatakan dapat berfungsi sebagai penawar. Ia tiada kalori dan mengandungi asi laurik yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Ia juga telah ditapis secara semulajadi dan ada pendapat mengatakan bahawa air kelapa lebih tinggi daripada minuman isotonik.


Antara kelebihan air kelapa yang saya dapat kongsikan disini ialah:

1) Air kelapa menyegarkan minda dan menyejukkan badan terutamanya pada hari panas terik
2) Sekiranya air kelapa diambil secara berterusan, ia boleh membantu mengawal berat badan dan komposisi air kelapa mampu meningkatkan sistem imuniti badan secara semulajadi
3) Ada masalah ulu hati? Cubalah minum air kelapa. Air kelapa kaya dengan fiber dan membantu proses penghadaman. Minumlah air kelapa selepas makan. Air kelapa juga elok untuk ibu hamil.
4) Ada masalah cacing? Air kelapa juga boleh digunakan untuk merawat masalah cacing secara semulajadi

Oleh itu, secara keseluruhannya air kelapa digambarkan sebagai minuman semula jadi yang paling berkhasiat.
Carilah air kelapa selalu ye!




No comments:

Powered by Blogger.