TUJUH PERATURAN DIET YANG MUDAH

Berat badan dah makin naik??Jom ikut peraturan diet di bawah:

a) MAKAN LIMA KALI SEHARI
Sebaik-baiknya makan 5 kali sehari dengan kuantiti yang sedikit. Ini dapat mengelakkan anda daripada sentiasa mengunyah

b) 36 KUNYAPAN SETIAP SUAPAN
Makanan yang dikunyah dengan baik dapat membantu meringankan sistem pencernaan di dalam tubuh anda. Yang menariknya juga, ia dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak.

c) MENYAPU:23 KALORI PER 10 MINIT
Menyapu lebih banyak melatih bahagian otot tangan terutamanya bahagian lengan atas. 

d) 24 KALI SIT UP UNTUK MENGEMPISKAN PERUT
Ia dapat membantu anda memperoleh perut yang tegang dan kempis. Namun, ramai antara kita berpendapat bahawa gerakan ini harus dilakukan sehingga ratusan kali sehari. Padahal "sit up" yang disarankan hanyalah sekadar 24 kali sahaja.

e) BAIK TANGGA: 61 KALORI PER 10MINIT
Lupakan lif! Sebenarnya dengan menaiki tangga, ia dapat mengencangkan otot paha, betis dan punggung. Jika anda dapat bergerak dalam keadaan berlari, ia dapat membantu melegakan bahagian pinggang.

f)16.00: WAKTU TEPAT UNTUK BERSENAM
Suhu tubuh, kekuatan otot dan jumlah oksigen yang disalurkan dari peredaran darah ke jaringan tubuh anda berfungsi sepenuhnya pada jam 4 petang hingga 8 malam. Waktu begini, anda memiliki stamina dan tenaga yang cukup untuk bersenam.

g) MENCUCI PINGGAN MANGKUK:15 KALORI PER 10MINIT
Setelah perut kenyang, jangan tinggalkan pinggan mangkuk yang kotor begitu sahaja. Rajinkan diri anda untuk membasuh kerana ia dapat mengencangkan otot tangan anda.


untuk konsultasi mengenai kecantikan dan kesihatan,sila hubungi saya 

NAD
019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.