SINDROM BAYI TERGONCANG

Pernahkah anda melambung-lambung anak dengan tujuan untuk memberhentikan tangisannya???Tahukah anda??perbuatan ini dinamakan sindrom bayi tergoncang. Sindrom ini merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.
APAKAH PERINGKAT UMUR BAYI YANG PALING BERISIKO?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang. walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

APAKAH KESAN AWAL AKIBAT PENDARAHAN OTAK?

a) Bayi mudah meradang
b) Sawan
c) Kaki dan tangan mengalami kekejangan
d) Bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas
e) Tahap kesedaran bayi menurun
f)Muntah dan tidak mahu makan
g) Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dann denyutan jantung.

KESAN JANGKA PANJANG AKIBAT KEROSAKAN OTAK

a) masalah pembelajaran
b) Lumpuh
c)Masalah penglihatan atau buta
d) Masalah pendengaran
e) Terencat akal(cerebral palsy)
f) Masalah tingkahlaku
g)Sawan berterusan
h)kematian

Oleh itu ibu bapa semua..hindarilah perkara anda..kadang kala ibu bapa sengaja melambung-lambung bayi dengan niat untuk bergurau..tapi adakah anda tahu akibat daripada perbuatan anda ini???????Tepuk dada tanyalah selera..

No comments:

Powered by Blogger.