TIPS PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMI SELEPAS BERSALIN


Salam semua..dan salam pagi isnin..Semoga kita semua berada di bawah rahmat Allah..Hari ini saya ingin kongsikan tentang tips penjagaan luka episiotomi. Saya tahu..ramai ibu yang sangat-sangat menjaga luka eposiotomi bagi memastikan ia cepat sembuh. Alhamdulillah..sepanjang tempoh saya berpantang sebanyak dua kali ni..luka episiotomi saya kembali pulih dalam masa seminggu sahaja. Jom saya kongsikan sedikit tips untuk ibu-ibu hamil yang bakal bersalin:

1) Kerap mandi air suam dan tekap bahagian yang dijahit dengan tuala bersih

2) Dedahkan bahagian tersebut ke udara selama 10minit sekali atau dua kali sehari supaya "pengudaraan" berlaku.

3) Jika anda sakit ketika duduk,tempatkan pelampung kanak-kanak atau tuala yang dibentukkan seperti donut di atas kerusi sebelum duduk di atasnya.

4) Jirus kaki dengan air ketika membuang air kecil atau besar kerana langkah ini dapat mengelakkan jahitan daripada menyakitkan anda

5) Kerap berjalan sekerap mungkin juga dapat menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka

6)Sekiranya perlu, ambil paracetamol setiap 6jan jika anda berasa terlalu sakit.

7) Basuh tempat jahitan dengan menggunakan air garam yang suam dan lakukan dengan sekerap mungkin.

8) Sentiasa menggunakan air suam untuk membasuh luka episiotimi

9) Duduk bertimpuh bagi mengelakkan jahitan terbuka

10)Berjalan dengan perlahan-lahan

11) Jika sakit yang dialami berterusan, sila berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri luka jahitan anda telah dijangkiti kuman


Selain mengamalkan tips di atas, saya juga mengambilkan suplimen Shaklee iaitu Zink Complex  bagi membantu mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi dan luka dalaman. Untuk kesan yang lebih baik, hancurkan zink dan taburkan di tempat luka..ia sangat membantu..

Saya berharap ibu-ibu semua dapat mengamalkan tips yang saya kongsikan di atas supaya kita semua sentiasa sihat demi anak-anak dan suami tersayang

No comments:

Powered by Blogger.