PENYUSUAN SUSU IBU:PENGGUNAAN PAM SUSU BADAN


APAKAH KEADAAN YANG MEWAJIBKAN ANDA MENGEPAM SUSU?
======================================================

a) Mengepam susu apabila bayi anda berada di hospital
b) Jika buah dada anda sakit atau bengkak, pam sedikit susu sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi anda melekap dengan mudah.
c) Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda perlu menggunakan pam sehingga ia sembuh
d) Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan penyusuan apabilan bersamanya semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu semula.

TIPS MENGEPAM
===============

a) Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya.
b)Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu
c)Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks "melepaskan".
d) Kehangatan dapat juga membantu. Cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang hangat pada payudara beberapa minit sebelum anda mula memerah.
e) Anda mugkin mendapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada payudara sebelah lagi atau serta merta selepas penyusuan.
f) Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi pakar laktasi anda

CARA MENGENDALIKAN PAM SUSU MANUAL
======================================

a) Basuh tangan anda dengan menyeluruh dan pastikan payudara bersih
b) Bertenang di atas kerusi yang selesa (anda mungkin hendak menggunakan kusyen untuk menyokong belakang anda). Pastikan anda mempunyai segelas air berdekatan.
c) Tekan pam susu yang telah dipasang ke payudara anda. Pastikan puting anda di tengah agar kusyen urutan mewujudkn keadaan kedap udara.
d) Dengan lembut, mula tekan pemegang ke bawah sehingga anda berasa sedutan pada payudara anda. Kemudian, biarkan pemeganng kembali kepada keadaan rehat.
e) Gunakan ritma perlahan dengan menekan pemegang ke bawah dan menahannya sehingga 3 saat sebelum anda membiarkan ia kembali kepada kedudukan rehatnya. Teruskan dengan cara ini sementara air susu anda mengalir. Jika tangan anda letih, cuba gunakan tangan yang sebelah lagi untuk mengendalikan pam susu atau rehatkan lengan anda .
f) Biasanya anda perlu mengepam selama 10 minit untuk memerah 60-125 ml( 2-4 auns) susu badan. Tetapi, ini hanyalah petunjuk sahaja dan berbeza-beza antara wanita yang berlainan.


=======================SELAMAT MENGEPAM SUSU======================

No comments:

Powered by Blogger.