SET KESUBURAN SHAKLEE


Salam hari Jumaat..diharapkan semuanya baik-baik belaka..alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan lagi untuk saya kongsikan sedikit informasi untuk rakan-rakan semua.Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut mengenai set kesburan shaklee..adakah anda tahu faktor-faktor yang menyebabkan hilangnya kesuburan pada lelaki dan perempuan??


Faktor ketidaksuburan pada perempuan



a)Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

b)Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

c)Usia


Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

d)Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

e)Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.



Faktor ketidaksuburan pada lelaki

a)Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan  sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air  mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

b)Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah  sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang  perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang  pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas  deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga  jarang berlaku.

b)Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah

c)Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya,  aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan  mengurangkan jumlah sperma

d)Senaman keterlaluan seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan  menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu  keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

e)Tekanan, terutama di tempat kerja atau masalah psikologi.

f)Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah,  lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang  boleh mengurangkan jumlah sperma.


Apakah suplimen SHAKLEE yang boleh membantu mengatasi masalah ketidaksuburan ini???




GLA COMPLEX
Berfungsi mengawal selia hormon lelaki dan wanita

VITAMIN E
Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E mampu memulihkan reproduktif lelaki dan mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Ia akan meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada mobiliti sperma

ALFALFA
Membantu memperbaiki kelenjar prostat
ZINK
Melindungi kesihatan prostat,meninggikan kiraan sperma dan membantu untuk ovulasi bagi wanita


Jika anda berminat untuk menggunakan produk ini..sila hubungi saya

NAD
019-2639545

No comments:

Powered by Blogger.