TIPS KEKAL KURUS SELEPAS BULAN PUASA

05:05:00
Semasa berpuasa. ramai yang telah berjaya menurunkan berat badan. Diharapkan dapat mengekalkan berat tersebut selepas raya juga.

Tapi jaga-jaga..jangan disebabkan menghadiri rumah terbuka, hancusssss segala diet anda dan berat makin naik tau. Kalau begitu, sia-sia sahajalah usaha untuk menurunkan berat badan ketika berpuasa sebulan.



Perkara yang paling penting sekarang ialah memilih makanan yang sihat serta kurang kalori. Ada yang cakap, "Ala..susahlah nak kawal nafsu makan selepas raya ni". Sebenarnya, mudah sahaja...jom ikut tips kekal kurus selepas raya yang saya kongsikan di bawah.

ALAS PERUT KETIKA KELUAR BERAYA

Pastikan anda mengambil sarapan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan protein seperti telur dan kekacang. Boleh juga amalkan minum oat di awal pagi. Apabila kita mulakan hari dengan makanan yang berkhasiat dan mengawal kalori, sepanjang hari pasti kita akan terasa ingin makan makanan berkhasiat juga


ELAK MAKAN BERLEBIHAN

Tidak sah rumah terbuka jika tiada hidangan yang lazat dan kebanyakan makanannya ialah makanan bergoreng dan bersantan. Minuman pula mestilah yang mempunyai kadar gula yang tinggi. Pastikan anda mengambil makanan-makanan ini dengan jumlah yang sedikit dan berusahalah untuk mengawal kadar kalori dalam badan.


PILIH MAKANAN DENGAN TEPAT 

Untuk mengelakkan makanan berlemak sepeti rendang, ambillah daging atau ayam tanpa kulit sahaja. Pilih juga makanan yang tidak digoreng seperti rebus, panggang atau kukus.


BANYAK MINUM AIR PUTIH

Daripada anda minum banyak air bikarbonat dan air manis yang lain, sebaiknya anda banyakkan lah minum air putih supaya segala toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan mudah. Malah, air putih juga membantu sistem pencernaan dan proses pembakaran lemak.


SEDIKIT TAPI KERAP

Dalam mood dan suasana hari raya yang terlalu banyak open house, sukar untuk anda konsisten dengan pola pemakanan 5-6 kali sehari. Malah akan jadi berkali-kali makan. Oleh itu, kuatkan niat untuk menjaga berat badan dan mengatur pola pemakanan anda. Elakkan mengambil makanan dalam hidangan yang besar kerana ia akan membuatkan berat badan bertambah dan mengganggu sistem penghadaman anda.


JANGAN LEWATKAN MAKAN

Walaupun hari raya, sebaiknya pilihlah makanan yang sihat untuk sarapan. Elakkan melambatkan sarapan kerana takut gemuk makan banyak, Walaupun di pagi raya, saya tetap memilih untuk mengambil minuman soya protein tinggi ESP.


JARAKKAN DIRI DENGAN MEJA MAKAN

Ketika berada di open house, cuba jarakkan diri daripada meja makan. Ini kerana apabila anda berada berhampiran dengan meja makan, sukar untuk anda menolak daripada mengambil makanan dengan kerap dan banyak. 


MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Latih diri untuk makan secara perlahan-lahan dan bersantailah sambil menikmati makanan anda. Kunyahlah dengan sempurna sebelum menelannya.


MINUM TEH HIJAU

Teh hijau kaya dengan antioksidan dan membantu meningkatkan metabolisme. Teh hijau yang selalu saya amalkan ialah Cinch Tea Energy. Saya akan pastikan setiap pagi saya akan ambilnya dan memang sangat melancarkan sistem pembuangan air kecil dan besar. Perut pun tidak terasa terlalu sengkak apabila mengambil banyak makanan.


AMBIL SUPLIMEN 

Suplimen apa yang perlu diambil? Ingat ye, suplimen ni bukan ubat tetapi ia adalah nutrisi yang boleh bantu badan kita untuk sentiasa sihat. Sepanjang bulan raya ni, saya memang sentiasa ambil Phytocol-ST, Omega Guard. Lecithin dan Herblax. Apa fungsi keempat-keempat ini?

Phytocol-ST : Membantu mengawal kadar kolesterol dalam badan

Omega Guard : Membantu proses pembakaran lemak

Lecithin : Membantu mengemulsi lemak yang masuk ke dalam badan

Herblax : Membantu proses pembuangan segala toksin melalui proses penyahtinjaan


InsyaALLAH..jika anda konsisten mengamalkan 10 tips kekal kurus selepas raya ini, pasti badan anda pun menten gojes seperti di bulan puasa. Jangan tak percaya, baju raya tahun lepas pun pasti anda muat lagi tau. Macam artis gituuuuu...


Jika anda yang berminat untuk dapatkan SET SUPLIMEN KURUS SELEPAS RAYA di atas, boleh hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi percuma.

NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545


prop2102@gmail.com

No comments:

Powered by Blogger.