PUNCA BUASIR DAN RAWATAN BUASIR

22:30:00
Buasir terjadi kerana urat membengkak pada dubur dan rektum . Buasir mungkin berlaku akibat pergerakan usus yang tidak lancar atau tekanan semasa kehamilan.



Buasir boleh terletak di dalam rektum (buasir dalaman) atau boleh juga terjadi di bawah kulit di sekitar dubur (buasir luar).

Buasir adalah perkara biasa. Hampir tiga daripada empat orang dewasa akan mengalami buasir dari semasa ke semasa. 


PUNCA BUASIR BERDARAH


Antara punca penyebab buasir adalah :

1) Mencangkung terlalu lama di tandas
2) Cirit-birit kronik atau sembelit
3) Obesiti
4) Kehamilan
5) Persetubuhan dubur
6) Kurang makan makanan berserat
7) Peningkatan usia
8) Stress punca buasir


SIMPTOM BUASIR


Antara simptom awal buasir adalah :

1) Pendarahan yang tidak menyakitkan semasa membuang air besar
2) Gatal atau tidak selesa di kawasan dubur
3) Berasa pedih dan sakit di kawasan dubur
4) Bengkak di sekitar dubur

Tetapi tidak semua pendarahan semasa membuang air besar adalah disebabkan buasir. Pendarahan boleh berlaku dengan penyakit lain seperti kanser. Jika anda mengalami pendarahan bersama dengan perubahan yang ketara berkait dengan perubahan warna najis, segeralah berjumpa dengan doktor.

RAWATAN BUASIR DI HOSPITAL


Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian lain bagi mengesahkan buasir.


CARA MENGATASI BUASIR BERDARAH


Berikut adalah cara terbaik untuk mengatasi buasir iaitu :

1) Makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian.

2) Minum enam hingga lapan gelas air dan cecair lain (bukan alkohol) setiap hari untuk membantu menjaga najis lembut.

3) Elakkan bertangguh untuk membuang air besar. Jika melengahkan, ia akan menyebabkan najis menjadi kering dan sukar untuk dikeluarkan.

4) Melakukan aktiviti senaman

5) Elakkan daripada duduk terlalu lama.



Kesimpulannya, buasir tidak boleh dianggap perkara ringan. Ianya akan menjadi kronik jika tidak mendapatkan rawatan awal buasir.


Semoga perkongsian Nad ini memberikan manfaat kepada semua orang.




No comments:

Powered by Blogger.