6 SOAL JAWAB MENGENAI CARA MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA

16:16:00






APAKAH KEGUNAAN PEMBERSIH MUKA?

Pembersih adalah produk penjagaan muka yang digunakan untuk membuang solekan, sel kulit mati, minyak, kotoran, dan jenis pencemar lain dari kulit muka. Ini membantu mengelakkan liang tersumbat dan mengelakkan masalah kulit seperti jerawat. 

Pembersih boleh digunakan sebagai sebahagian daripada regimen penjagaan kulit bersama dengan toner dan pelembap.

BERAPA KERAP SAYA BOLEH GUNAKAN PEMBERSIH MUKA?

Anda tidak digalakkan untuk mencuci muka kerana ia akan mengurangkan kelembapan kulit. Yang terbaiknya adalah sebanyak dua kali iaitu di waktu pagi dan sebelum tidur.


PERLUKAH MENGGUNAKAN TONER SELEPAS MENCUCI MUKA?

Penggunaan toner selepas mencuci kulit akan bantu menghilangkan minyak dan kesan kotoran.
Toner sangat berguna dan diperlukan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau jerawat.


APAKAH PERBEZAAN MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA DAN HANYA MEMBASUH MUKA?

Kedua-duanya semestinya bertujuan untuk membersihkan kulit wajah tetapi penggunaan pembersih muka lebih efektif dalam membuang segala kotoran di wajah.

BOLEHKAH MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA PADA BADAN?

Oleh kerana kulit muka lebih sensitif daripada kulit badan, tidak ada masalah untuk menggunakan produk muka pada badan untuk jerawat. 

Sama ada anda gunakan pencuci muka dalam bentuk bar,gel atau krim, kesemuanya boleh digunakan pada badan. Anda boleh gunakan pencuci muka ini pada bahagian badan yang mempunyai jerawat.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MEMBERSIHKAN WAJAH?

Basahkan sedikit muka dengan air dan gunakan hujung jari anda untuk mengambil pembersih. Kemudian, gosokkan di kulit muka anda secara perlahan-lahan.


Semoga 6 persoalan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat dan segar selepas mencuci muka😀





























No comments:

Powered by Blogger.