7 KESILAPAN CARA MELEMBABKAN KULIT YANG BUATKAN JERAWAT BERTAMBAH

18:10:00
Ramai yang tidak tahu pentingnya untuk melembabkan kulit. Kulit yang kering akan boleh menyebabkan keradangan dan jerawat.



FAKTA YANG SALAH!!

"Ramai yang berpendapat, kulit berminyak adalah salah satu ciri kulit lembab. Jadi mereka tidak rasa begitu penting untuk menggunakan pelembab muka"

Hakikatnya, semua orang tanpa perlu mengira jenis kulit perlu melembabkan kulit. Apa yang penting adalah cara yang betul melembabkan kulit.

Berikut Nad kongsikan 9 kesilapan cara melembabkan kulit yang selalu dilakukan :

1) TIDAK GUNAKAN PELEMBAB YANG SESUAI

Pelembab yang terbaik adalah yang mengikut keadaan kulit sendiri. Terlalu banyak produk di pasaran dan anda boleh pilih sama ada mahukan dalam bentuk gel atau krim. Tetapi apa yang penting pilihlah mengikut jenis kulit anda.

Untuk panduan anda:
  • Kulit kering memerlukan pelembab yang mengandungi asid hyaluronik. Ia akan membantu mengekalkan kelembapan air.
  • Kulit berminyak memerlukan pelembab yang bebas minyak.
  • Kulit yang berjerawat mesti elakkan pelembab yang mengandungi alkohol
2. MENGGUNAKAN MINYAK UNTUK MELEMBABKAN KULIT

Walaupun minyak adalah sangat baik untuk melembabkan kulit kering, tetapi kita tidak boleh terus gunakan minyak di muka.

Gunakan produk pelembab untuk melembabkan kulit daripada hanya terus sapukan minyak dimuka. Ini kerana pelembab mempunyai kandungan yang boleh menarik molekul air ke dalam kulit.

3. TIDAK MENGIKUT URUTAN PENGGUNAAN

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, pelembab mestilah digunakan mengikut urutan yang betul.

Sebagai panduan :

a) Jika menggunakan ubat jerawat

Aturannya : Membersihkan muka- letakkan ubat jerawat - pelembab

b) Jika menggunakan serum

Aturannya : Membersihkan muka - serum - pelembab


4. HANYA MENGGUNAKAN PELEMBAB PADA WAKTU PANAS

Sebaiknya gunakanlah pelembab seawal pagi kerana kita sebenarnya terdedah kepada cahaya matahari adalah bermula pada waktu pagi. Walaupun kita tidak terasa panas, sebenarnya kulit kita telah terdedah kepada cahaya matahari.

Ini boleh mengakibatkan kulit menjadi terhidrat dan kanser kulit. Gunakanlah pelembab yang mengandungi SPF supaya dapat melindungi kulit anda.


5. MENGGUNAKAN PRODUK PENGELUPASAN KULIT

Keghairahan untuk cepat kelihatan cantik menyebabkan ramai yang suka guna produk pengelupasan kulit. Dengan berpendapat cara ini dapat melicinkan kulit.

Tetapi tahukah anda, secara tidak langsung telah membuang kelembapan kulit. Proses pengelupasan kulit boleh menyebabkan keradangan dan menjadikan kulit anda menjadi lebih teruk.

6, MERATAKAN PELEMBAB DENGAN KASAR

Sebaiknya, urut perlahan-lahan pelembab ke dalam kulit anda. Ia juga dapat meningkatkan peredaran darah yang dapat membantu proses penyerapan ke dalam kulit.

Jika terlalu banyak menggosok boleh merosakkan kulit dan menyebabkan keradangan.

7. MENGGUNAKAN PELEMBAB PADA WAKTU MALAM

Ini adalah satu kesilapan yang besar. Pada waktu malam, kulit berada pada fasa pemulihan dan proses penghasilan sel baru kulit juga aktif pada waktu malam.

Gunakanlah krim malam yang mengandungi retinol dimana ia akan membantu memperbaiki kulit dan bukannya menggunakan pelembab.


Janganlah kita abaikan cara melembabkan kulit dengan betul kerana kulit kita memerlukan air yang secukupnya. Elakkan daripada kulit menjadi kering kerana ia akan membuatkan kulit kita juga menjadi cepat berkedut.

Anda boleh juga membaca artikel berkaitan di bawah :


1) Pengalaman kulit muka kering dan bersisik

2) 7 cara hilangkan kulit kering 

3) Pencuci muka untuk kulit kering

4) Pelembab muka untuk kulit kering

5) Cara menghilangkan jeragat di muka







No comments:

Powered by Blogger.