7 BAHAN UNTUK HILANGKAN BEKAS JERAWAT,SEMUANYA ADA DI DAPUR

Jerawat selalu menjadi masalah kulit yang sampai bila-bila pun tidak akan habis diperkatakan. Ianya sangat menganggu penampilan kita dan boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.
Tetapi, sekarang ini terlalu banyak kaedah dan produk untuk hilangkan jerawat. Isu jerawat tidak terhenti begitu sahaja kerana masalah lain akan timbul iaitu parut jerawat. 
Disini Nad akan kongsikan 7 cara mudah untuk hilangkan bekas jerawat hanya dengan menggunakan bahan alami.
1. LEMON

Lemon bukan sahaja mengandungi Vitamin C untuk bantu cerahkan kulit tetapi ia juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat hitam di muka. Cara untuk gunakannya ialah dengan sapukan perahan air lemon di kulit muka dan biarkannya sehingga 15 minit sebelum dibilas.
2. TIMUN

Timun mengandungi Vitamin A, C dan juga Magnesium. Ia boleh membantu melembabkan kulit dan sekaligus menghilangkan kesan kemerahan akibat jerawat. Caranya ialah dengan meletakkan hirisan timun di sekitar wajah selama lebih kurang 30 minit.
3. KUNYIT

Bukan sekadar digunakan sebagai bahan asas masakan, kunyit juga mempunyai khasiat untuk kulit wajah. Caranya adalah dengan menumbuk kunyit sehingga halus atau juga terus menggunakan serbuk kunyit. Campurkan sedikit dengan air dan jadikannya ia sebagai masker di muka. Kunyi bersifat antiseptik akan membantu menyahkan parut jerawat dan bekas jerawat.
4. MADU

Sapukan madu pada bekas jerawat dan biarkannya untuk 15 minit. Kemudian bilas ia dengan air.
5. TOMATO

Tomato boleh digunakan sebagai masker wajah. Ia mengandungi Vitamin A dan C yang mampu menegangkan kulit. Anda hanya perlu letakkan hirisan tomato di muka. 
6. PUTIH TELUR

Cuba letakkan putih telur pada bahagian kulit berparut jerawat. Biarkan selama 15 minit.
Anda boleh cuba semua cara ini di rumah sahaja. Cepat, ringkas dan sangat mudah.





No comments:

Powered by Blogger.