ROMBONGAN TADIKA IRFAN KE MELAKA

07:37:00
As salam semua..

Sebenarnya dah lama nak share tentang rombongan tadika Irfan ni tapi masih belum ada kesempatan untuk menulis. 

Rombongan ini sehari sahaja kerana hanya pergi ke 3 tempat di Melaka iaitu Zoo Melaka, River Cruise Melaka dan Menara Taming Sari. 

Kami bertolak seawal 8 pagi supaya sampai lebih awal untuk masuk ke dalam zoo. Anak-anak saya, Irfan dan Auni menaiki bas bersama pengasuh mereka manakala saya dan suami hanya follow menaiki kereta. Al maklumlah, tengah sarat hamil 7 bulan..rasa tak larat nak naik bas.

Bukan main gembira lagi Irfan dan Auni dapat naik bas walaupun perjalanan hanya mengambil masa 2 jam. Walaupun dah masuk kali ke 3 saya datang ke zoo ini dengan anak-anak..takpe..kita layannnn jeeee... 


Bergambar sebaik sahaja sampai
Ibu dan ayah sempat posing dulu sementara anak-anak round satu zoo

Ni memang aksi feveret diorang 

Nasib baik saya bawa bekalan performance drink ni. Alhamdulillah memang sangat bertenaga

Alhamdulillah..tiada sakit-sakit kaki dan lenguh pinggang kerana saya sentiasa amalkan kalsium ini

Kami bergerak pulang ke Kuala Pilah lebih kurang pukul 6 petang. Seronok saya mendengar anak-anak bercerita pengalaman mereka naik bas, pergi zoo dan naik river cruise. Semoga pengalaman ini memberikan pengajaran bermakna untuk mereka

No comments:

Powered by Blogger.