9 TANDA DIET TIDAK SESUAI DENGAN TUBUH

08:57:00
Kajian saintifik menunjukkan punca utama kebanyakan masalah kesihatan adalah daripada tabiat pemakanan yang tidak baik. 

Kalau diikutkan, hampir kesemua penyakit yang kita hadapi berpunca daripada makanan. Ops..selepas ni jangan fobia nak makan pula. Bukan macam tu...

Kan sudah ditetapkan portion makanan kita setiap hari. Seeloknya makan lah mengikut kadar dalam piramid makanan.

Ada juga yang berdiet untuk menjaga bentuk tubuh badan supaya menten seperti anak dara gitu. Saya juga tidak ketinggalan dalam golongan yang suka berdiet tetapi mestilah diet dengan berilmu. Bukannya tidak makan semua makanan dan berlapar tetapi haruslah mengambil makanan yang seimbang serta makan mengikut waktunya.

Kadang-kadang ada yang tidak tahu bahawa diet itu tidak sesuai dengan tubuh mereka dan akibatnya akan mendapat sakit kronik di kemudian hari.

Disini saya nak nak kongsikan 9 tanda bahawa diet yang sedang kita amalkan ini tidak sesuai dengan tubuh badan :

1) Mempunyai masalah pada rambut dimana rambut kekurangan protein dan akhirnya mengalami kerapuhan teruk. Kajian menunjukkan, diet yang rendah protein dan kekurangan asid lemak perlu, vitamin C, zink dan zat besi dikaitkan dengan keguguran rambut.

2) Penuaan kulit akan berlaku dengan lebih cepat kerana badan kekurangan nutrisi seperti vitamin A,C,D dan E. Vitamin-vitamin ini mengandungi kesan antioksidan yang sangat kuat bagi melindungi kulit dan kekurangannya sangat menjejaskan fungsi kulit. 

3) Berlakunya pendarahan gusi,kehilangan gigi, sakit mulut dan keries gigi. Ia berkaitan dengan kekurangan vitamin C.

4) Berat badan naikdan turun juga menjadi petunjuk bahawa diet yang kita sedang amalkan itu tidak sesuai. Ada yang beratnya turun mendadak dan jika tidak berdiet, beratnya akan cepat je naik. Ini menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi dan pastikan kita ambil makanan yang penuh dengan serat dan protein tanpa lemak.

5) Daya ingatan akan semakin berkurang akibat kekurangan khasiat daripada makanan terutamanya pengambilan omega 3. 

6) Kerap mengalami masalah pencernaan seperti cirt-birit dan sembelit.

7) Jika mengalami luka, ia akan lambat sembuh kerana badan kita kekurangan bekalan nutrisi. Untuk membantu penyembuhan luka, badan kita memerlukan kandungan zink dan Vitamin C yang mencukupi.

8) Sering sakit kerana sistem imun terjejas akibat kekurangan nutrien dalam badan

9) Kerap rasa lesu kerana tidak berlaku penghasilan tenaga akibat kekurangan pengambilan nutrisi yang lengkap.


Inilah akibatnya bila nak kurus tapi dengan cara yang tidak betul. Memanglah kita perlu kurangkan sedikit makan tapi perlu pastikan jumlah nutrisi kita mencukupi dan seimbang. 

Macam saya, untuk elakkan daripada mengalami kesemua masalah di atas semasa proses untuk kurus, saya akan ambil suplimen-suplimen tambahan bagi menyokong keperluan nutrisi harian. Pengambilan suplimen bukanlah untuk menggantikan nutrisi tetapi menampung kekurangan nutrisi dalam badan.

Untuk itu, saya ambil Multivitamin Vitalea, Vitamin C dan B Complex. Kesemuanya daripada jenama Shaklee kerana saya yakin akan keberkesanannya. Selain itu, saya juga mengambil SET KURUS Shaklee bagi membantu proses pengurangan berat badan tanpa perlu saya berlapar.

Alhamdulillah..proses penurunan berat badan saya walaupun lambat tetapi berat tak naik-naik lagi. Tiada juga simptom-simptom masalah seperti di atas juga.

Oleh itu, jika anda juga memilih untuk menurunkan berat badan secara sihat seperti saya, saya syorkan anda ambil suplimen tambahan. Jika tak tahu nak ambil suplimen apa, boleh hubungi saya sebelum diet anda bertukar menjadi penyakit kronik di kemudian hari.

Jom klik link-link di bawah jika nak tahu tips-tips menarik untuk kurus












NAD
CALL/SMS/WHATSAPPS 019-2639545
prop2102@gmail.com



No comments:

Powered by Blogger.