PETUA HILANGKAN JERAGAT DI MUKA SUPAYA LEBIH BERSERI-SERI

07:06:00
Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang terbentuk di muka dan kelihatan seakan-akan tahi lalat. Walaupun daripada saintifiknya, masalah jeragat di muka tidak membahayakan, tetapi jika ia tidak di kawal, ia bakal memberikan masalah yang lebih besar di mana kulit akan kelihatan sangat kusam dan kehitaman.


Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah jeragat di muka iaitu :

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.


2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.

4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.


Adakah anda serabut melihat JERAGAT di muka?Jom saya kongsikan PETUA HILANGKAN JERAGAT DI MUKA

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Semoga PETUA HILANGKAN JERAGAT ini dapat menyelesaikan masalah anda. Jika nak tahu CARA HILANGKAN JERAGAT DAN PARUT JERAWAT dengan kaedah paling mudah dan berkesan, jom klik video di bawah



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

No comments:

Powered by Blogger.